• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?

in Asas Saham
A A
FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Macam mana saham MR DIY yang baru diapungkan boleh jadi komponen FBMKLCI?

Indeks FBMKLCI merupakan kayu ukur kepada keadaan pasaran saham tempatan di Malaysia. 

Sejarahnya bermula pada tahun 2006, apabila Bursa Malaysia dan FTSE Group telah bekerjasama untuk melancarkan data pasaran saham di Malaysia dengan tujuan untuk mengukur prestasi pasaran tempatan dengan pasaran sekitarnya mengikut piawai antarabangsa yang telah ditetapkan. 

Sumber: Bursa Malaysia

Hasil kerjasama antara Bursa Malaysia dan FTSE Group ini, mereka telah membahagikan pasaran tempatan kepada beberapa indeks seperti:-

  • FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI 30)
  • FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index (FBMKLCI 70)
  • FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index

Setiap indeks ini mewakili saham-saham yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk dikategorikan di dalam indeks tertentu. 

Artikel kali ini akan fokus kepada indeks utama iaitu FTSE Bursa Malaysia KLCI atau lebih dikenali sebagai FBMKLCI. 

Mari kita lihat apa kriteria syarikat untuk tersenarai  dalam indeks FBMKLCI ini. 

Bagaimana Pemilihan Indeks FBMKLCI ini

Untuk indeks FBMKLCI, ianya terdiri daripada 30 syarikat terbesar yang tersenarai di papan utama pasaran saham tempatan dan mempunyai nilai modal pasaran yang memenuhi kriteria FTSE Bursa Malaysia Ground Rules.

Terdapat dua kriteria penting yang ditetapkan dalam FTSE Bursa Malaysia Ground Rules, iaitu:-

  • Free Float atau jumlah apungan
  • Liquidity atau kecairan

Untuk menjadi salah satu komponen FBMKLCI, sesebuah syarikat perlu memenuhi dua kriteria di atas.

Mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang dua kriteria tersebut.

Free Float Share Atau Jumlah Apungan Saham

Sesebuah syarikat perlu mempunyai saham apungan sekurang-kurangnya 15% daripada keseluruhan saham syarikat. Apungan ini tidak termasuk saham yang dipegang oleh:-

  • Pemilik syarikat termasuk ahli keluarga pemilik
  • Pengarah syarikat
  • Saham yang dikhususkan untuk skim pekerja
  • Saham yang dipegang oleh kerajaan
  • Saham dalam portfolio yang mempunyai jangka masa kunci tertentu

Faktor ini digunakan untuk menentukan sumbangan pergerakan saham ini kepada aktiviti pasaran saham dan impaknya kepada indeks.

Liquidity Atau Kecairan

Kadar kecairan ini adalah untuk memastikan bahawa saham sesuatu syarikat itu mudah untuk didagangkan.

Cara kecairan ini dikira adalah dengan melihat jumlah median sesuatu saham itu didagangkan untuk jangka masa sebulan. 

Berikut merupakan dua kriteria penting untuk menentukan komponen FBMKLCI, namun berapa kali komponen ini akan berubah-ubah dalam masa setahun?

Pengiraan Dan Pemantauan Indeks FBMKLCI

Pihak FTSE akan membuat pengiraan komponen ini menggunakan data yang diberikan oleh Bursa Malaysia untuk menentukan bacaan Indeks FBMKLCI ini untuk setiap 15 saat.

Indeks FBMKLCI ini pula akan disemak dan dikemaskini oleh FTSE Bursa Malaysia Index Advisory Committee sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. 

Maklumat penuh dagangan untuk bulan Mei dan November akan digunakan untuk mengemas kini komponen indeks FBMKLCI.

Sebarang perubahan kepada komponen indeks FBMKLCI akan dilaksanakan selepas pasaran ditutup pada hari jumaat minggu ketiga pada bulan Jun dan Disember. 

Syarikat Mana Yang Akan Menjadi Komponen Indeks FBMKLCI Yang Baru?

Sumber: CGS-CIMB

Menurut laporan daripada CGS-CIMB, syarikat barangan runcit dan perkakas rumah iaitu MR D.I.Y akan menjadi komponen terbaru indeks FBMKLCI menggantikan syarikat Supermax Corporation Berhad.

Perubahan ini berkuatkuasa pada 21 Jun 2021 dan dengan komponen baru ini, indeks FBMKLCI dijangka akan lebih stabil kerana jumlah saham berkaitan sarung tangan akan berkurangan kelak. 

Baca: 10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share456ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

3 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In