• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Untuk mereka yang baru kenal dunia pelaburan saham, mesti tertanya-tanya apa itu FBM KLCI?

Indeks FBM KLCI merupakan satu gabungan atau himpunan pergerakan harga atau prestasi 30 syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai “Blue Chips” atau saham mewah yang berprestasi tinggi mengikut kayu ukur yang dibuat oleh Bursa Malaysia.

Tapi apa pula yang dimaksudkan dengan perkataan FBM KLCI?

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

F adalah bermaksud FTSE atau FTSE Group. Ianya adalah sebuah syarikatyang menguruskan indeks saham seperti S&P 500 di pasaran saham Amerika Syarikat, dan menguruskan FBM KLCI di Bursa Malaysia. FTSE adalah pembekal data dan perkhidmatan untuk  indeks-indeks yang dimiliki oleh London Stock Exchange (LSE).

FBM pula sama maksud dengan FTSE tetapi ianya merupakan indeks untuk pasaran saham di Bursa Malaysia yang dulunya dikenali sebagai  Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Manakala KLCI pula merujuk kepada Kuala Lumpur Composite Index atau dalam bahasa Melayunya adalah Indeks Komposit Kuala Lumpur.

Maka, FBM KLCI bermaksud “Financial Times Stock Exchange Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index”. Jom kita berkenalan pula dengan 10 syarikat yang ada di dalam FBM KLCI ini.

1. Axiata Group Berhad (6888)

Axiata Group Berhad (AXIATA) merupakan sebuah syarikat media dan telekomunikasi. Syarikat ini beroperasi dalam segmen mobile, infrastruktur dan pelbagai lagi. Perkhidmatan syarikat ini termasuklah peruntukkan servis data, infrastruktur telekomunikasi, servis digital dan bermacam-macam lagi.

Axiata mempunyai modal pasaran sekitar RM31.727 billion dan number of shares (NOS) sebanyak 9.811 juta unit. 

2. CIMB Group Holdings Berhad (1023)

CIMB Group Holding Berhad (CIMB) menawarkan produk dan servis kewangan kepada individu dan juga korporat. Saham syarikat ini adalah tidak patuh syariah kerana menawarkan perkhidmatan konvensional kepada pelanggannya.

Syarikat CIMB mempunyai modal pasaran sebanyak RM39.1 bilion dan mempunyai  9.5 bilion unit saham yang diapungkan di pasaran saham.

3. Dialog Group Berhad (7277)

Dialog Group Berhad (DIALOG) ditubuhkan pada tahun 1984 dan berpusat di Petaling Jaya. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan dalam kepakaran teknikal minyak, gas dan petrokimia di Malaysia dan juga luar negara.

DIALOG mempunyai modal pasaran sebanyak RM17.26 bilion dan mempunyai  5.6 bilion unit saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

4. Digi.Com Berhad (6947)

Digi.Com Berhad (DIGI) merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan telemunikasi wireless. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan data prepaid di bawah Digi Prepaid dan juga data postpaid di bawah Digi Postpaid.

Digi.Com mempunyai modal pasaran sebanyak RM26.47 biliondan mempunyai 7.78 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

5. Genting Malaysia Berhad (4715)

Genting Malaysia Berhad (GENM) ini mengusahakan perniagaan resort dan pelancongan di Genting Highlands dan perkhidmatan  pelancongan serta servis hospitaliti di beberapa negara lain. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti hiburan, hotel dan bermacam-macam lagi yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM14.19 bilion dan mempunyai 5.65 bilion saham yang didagangkan di pasaran saham.

6. GENTING BERHAD (3182)

Genting Berhad (GENTING) beroperasi dalam 5sektor utama iaitu  pelancongan dan hospitaliti, perladangan,hartanah,minyak dan gas dan jugapembekalan kuasa elektrik. Saham GENTING juga tidak patuh syariah.

GENTING mempunyai modal pasaran sebanyak RM16.0 bilion dan mempunyai  sebanyak 3.87 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

7. Hap Seng Consolidated Berhad (3034)

Hap Seng Consolidated Berhad (HAPSENG) mempunyai 6 segmen perniagaan seperti perladangan, pelaburan dan perkembangan hartanah, kredit kewangan, automotif, perdagangan baja dan bahan pembinaan. Saham HAPSENG ini juga tidak patuh syariah.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM19.48 bilion dan mempunyai  2.5 bilion saham yang diapungkan di Bursa Malaysia.

8. Hartalega Holdings Berhad (5168)

Hartalega Holdings Berhad (HARTA) adalah syarikat yang berkaitan dengan pembuatan sarung tangan. Produk utama yang dikeluarkan adalah sarung tangan getah dan sarung tangan nitril.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1988 dan mempunyai modal pasaran sebanyak RM45.38 bilion serta mempunyai 3.4 bilion saham yang didagangkan.

9.  Hong Leong Bank Berhad (5819)

Hong Leong Bank Berhad (HLBANK) merupakan anak syarikat Hong Leong Financial Group Berhad. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komersial. Perkhidmatan HLBANK juga ada disediakan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM37.8 bilion dan mempunyai 2.2 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia, namun ianya tidak patuh syariah.

10. Hong Leong Financial Group Berhad (1082)

Hong Leong Financial Group Berhad (HLFG) pula merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan kewangantetapi lebih tertumpu kepada menawarkan perkhidmatan pembrokeran saham. Syarikat ini juga menyediakan nasihat korporat dalam dana, amanah saham dan juga pengurusan aset. Seperti HLBANK, HLFG juga beroperasi di 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Modal pasaran HLFG adalah sebanyak RM19.55 bilion dan mempunyai 1.15 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia, namun ianya tidak patuh syariah.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share831ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In