• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Diskaun Hebat Untuk Saham-Saham Di Wall Street Sedang Berlaku!

in Saham Global
A A
Diskaun Hebat Untuk Saham-Saham Di Wall Street Sedang Berlaku!
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

“Selalu kita lihat jualan murah barangan harian kita, kali ini jualan murah untuk saham-saham kayangan”

Jika kita selalu mengeluh saham-saham di Bursa Malaysia sendu, sejak pertengahan bulan Oktober ini saham-saham jenama gergasi di Wall Street juga sedang membuat jualan murah!

Dengan sentimen semasa, perang antara Palestine dan juga negara tidak diiktiraf, Israel dilihat sedikit sebanyak memberi impak secara tidak langsung kepada pasaran saham di Wall Street. 

Mari kita lebih terperinci dari sudut analisis teknikal beberapa jenama gergasi yang sedang membuat diskaun kaw-kaw!

Tesla Jatuh 20% Sejak 11 Oktober 2023

Carta: TradingView

Jika kita teliti pada carta, harga saham Tesla ini mula membuat kejatuhan pada 11 Oktober 2023. Ianya lebih teruk pada 18 Oktober 2023 disebabkan pendapatan syarikat yang dilaporkan tidak seperti yang dijangkakan.

Harga membuat gap down pada 19 Oktober 2023 dan setakat 20 Oktober 2023, harga saham ini telah tembus garisan support sekitar USD213.60.

Adakah saham Tesla ini akan terus jatuh ke paras supportnya yang seterusnya di sekitar USD 200 atau akan rebounce semula selepas ini? 

NVIDIA Jatuh Lebih 10% Sejak 13 Oktober 2023

Carta: TradingView

Saham kayangan ini pernah mencecah lebih USD500 pada penghujung Ogos 2023 sebelum membuat kejatuhan pada bulan berikutnya. Namun, pada penghujung September 2023 harga saham ini cuba membuat kenaikan namun gagal melepasi garisan rintangan pada USD475. 

Setelah gagal menembus garisan rintangan tersebut, harga saham ini dilihat sedang menghampiri garisan support sekitar USD403. 

Adakah peluang untuk Buy on Support?

Apple Jatuh 5% Sejak 13 Oktober 2023

Carta: TradingView

Nampaknya harga saham Apple ini masih belum membuat kenaikan yang diharapkan selepas pelancaran iPhone 15 baru-baru ini apabila harganya yang sedang mencuba membuat kenaikan sejak 28 September 2023 akhirnya terkulai pada 13 Oktober 2023. 

Melihat pada carta ini, penutupan harga pada 20 Oktober 2023 hampir membentuk candlestick Marubozu merah yang sempurna. Adakah saham ini akan meneruskan kejatuhan pada minggu berikutnya? 

Apa Pelabur Boleh Buat?

Daripada jualan murah ini, sebagai pelabur kita perlu bersedia mencari peluang untuk sauk saham-saham kayanagan ini pada harga diskaun. Bukan Shopee sahaja boleh berikan diskaun hebat, pasaran saham Wall Street juga mampu!

Bila nak beli? Yang itu anda perlu ada ilmu pelaburan yang mantap untuk anda mencari ‘Sweet Entry‘ yang tepat!

Pastikan ada akaun trading Global dahulu! Klik Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Jika anda membaca artikel ini, apa yang anda akan buat selepas ini? Cuba kongsikan tindakan anda seterusnya. 

Ketiga-tiga saham yang dikongsikan diatas, adalah saham-saham patuh syariah menurut saringan daripada Ideal Rating. 

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Tags: teslaWall Street
Share302ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In