• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Contoh Reversal Candlestick Dalam Carta

in Technical Analysis
A A
Contoh Reversal Candlestick Dalam Carta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Salah satu teknik terbaik untuk membeli saham adalah ketika saham membuat perubahan trend. Perubahan trend ini sering disebut sebagai trend reversal. Trend reversal ini boleh terjadi apabila saham bertukar trend dari downtrend kepada uptrend ataupun dari uptrend kepada downtrend.

Oleh itu reversal candlestick boleh menjadi signal beli mahupun signal jual bergantung kepada jenis reversal candlestick yang terbentuk.

Jom lihat beberapa contoh reversal candlestick yang terhasil dalam carta.

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Bullish Engulfing

Sumber:

Bullish Engulfing merupakan bullish reversal candlestick yang memberi maksud trend akan bertukar dari downtrend kepada uptrend. 

Berdasarkan carta, Bullish Engulfing terbentuk di penghujung downtrend sebelum saham bertukar arah pergerakan ke atas semula.

Bullish Engulfing memerlukan dua hari untuk terbentuk. Corak Bullish Engulfing ini terbentuk apabila candlestick hijau pada hari kedua dibuka lebih rendah dan ditutup lebih tinggi daripada candlestick merah pada hari sebelumnya. 

Ia seolah-olah candlestick hijau menelan candlestick merah pada hari sebelumnya. Apabila anda nampak Bullish Engulfing, maka bersiap sedialah dengan modal anda dan cari peluang entry yang terbaik.

Bearish Harami

Sumber:

Bearish Harami terbentuk daripada kombinasi dua buah candlestick. Sekiranya anda ingin tahu, harami dalam bahasa Jepun bermaksud ibu mengandung. Sekiranya anda lihat pada carta, candlestick hijau adalah badan ibu, candlestick merah pula adalah perut ibu mengandung. Oleh itu, ia digambarkan seolah-olah seperti seorang ibu mengandung.

Bearish Harami sering terbentuk dekat dengan paras resistance dan ada kalanya membentuk resistance yang baru. 

Berdasarkan carta, kita boleh membaca psikologi pelabur dan kenapa Bearish Harami ini terbentuk. Candlestick ini terbentuk kerana pelabur ingin mengambil keuntungan yang telah berjaya dibuat pada hari sebelumnya iaitu pada candlestick berwarna hijau tersebut.

Apabila telah buat untung, tunggu apa lagi kan? See money take money. Jika tak jual, keuntungan yang dibuat tadi hanyalah sia-sia kerana Bearish Harami merupakan signal jualan yang kuat dan saham berpotensi akan terus jatuh lebih jauh.

Evening Star

Sumber:

Evening Star merupakan sebuah pattern bearish reversal candlestick. 

Evening Star memerlukan 3 hari untuk ianya terbentuk dengan sempurna. Setelah hari ketiga barulah kita dapat mengenal pasti candlestick yang terhasil tersebut adalah Evening Star.

Bearish reversal candlestick ini terhasil di penghujung uptrend dan setelah ianya terbentuk trend akan bertukar menjadi downtrend. Oleh itu, sekiranya kita nampak Evening Star dalam carta, pelabur sudah harus bersiap sedia dan berhati-hati.

Candlestick pertama bersifat bullish. Candlestick yang kedua mempunyai badan yang kecil. Selalunya candlestick yang terbentuk pada hari kedua adalah doji. Candlestick ketiga bersifat bearish di mana ia ditutup melebihi separuh badan candlestick yang pertama. 

Sekiranya anda berjaya menguasai reversal candlestick, anda boleh membuat entry dan exit pada masa yang tepat.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share572ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In