Pada 19 Mei 2023, para pelabur yang telah memohon IPO Edelteq ternanti-nantikan keputusan cabutan undian Edelteq Holdings Berhad (Edelteq) kerana ingin tahu berapa kali ganda IPO tersebut terlebih dilanggan. IPO lain seperti Cloudpoint yang terlebih langganan sebanyak 112.94 kali ganda sudah tentu membuatkan penggemar IPO beranggapan bahawa Edelteq turut akan terlebih langganan kerana diminati oleh orang ramai.
Baca: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum IPO Edelteq
Cabutan undian IPO Edelteq yang sepatutnya diadakan pada 19 Mei 2023 sebaliknya tidak berlaku.
Penyenaraian Edelteq Ditunda
Keesokkan harinya iaitu pada 20 Mei 2023, satu pengumuman telah dibuat iaitu jadual penyenaraian Edelteq telah dikemas kini kerana memberi peluang kepada pemohon untuk menarik balik permohonan mereka sekiranya ingin berbuat demikian.
Lihat jadual di bawah bagi tarikh-tarikh baru yang telah ditetapkan. Tempoh untuk menarik balik permohonan adalah bermula 20 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 (5 petang), tarikh cabutan undian adalah 30 Mei 2023, IPO akan dikreditkan kepada pelabur yang berjaya pada 6 Jun 2023 dan akhirnya Edelteq akan disenaraikan pada 7 Jun 2023.


Edelteq Holdings Berhad yang sepatutnya disenaraikan pada 30 Mei 2023 di Papan ACE Bursa Malaysia telah menangguhkan penyenaraiannya kepada 7 Jun 2023.
Apa Yang Terjadi Sebenarnya?
Ketua pegawai eksekutif Edelteq iaitu Chin Yong Keong telah disaman oleh majikannya sebelum ini iaitu Mi Technovation Berhad atas dakwaan pelanggaran kontrak pekerjaan dan salah guna proses undang-undang.
Menurut UOB Kay Hian, mereka melihat litigasi di antara Mi Technovation dan Chin sebagai perkara peribadi yang tiada kaitan dengan kumpulan Edelteq. UOB menambah bahawa ahli Lembaga pengarah Edelteq bersama kumpulan kerja usaha wajar (DDWC) mendapati kandungan writ yang difailkan oleh Mi Technovation tidak mempunyai kesan material terhadap kedudukan kewangan dan operasi kumpulan, kerana ia hanyalah hal peribadi antara Chin dan bekas majikannya.
Bagi para pelabur yang telah memohon IPO Edelteq mungkin telah berasa resah kerana berita yang kurang menyenangkan ini. Usah risau kerana UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd berkata pelabur yang ingin menarik balik permohonan mereka dan menghantar surat permohonan tersebut kepada pihak registrar bermula 20 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5 petang. Mana-mana permohonan yang dihantar selepas waktu dan tarikh tersebut akan ditolak.
Sekiranya anda ingin menarik balik permohonan IPO Edelteq anda, sila muat turun borang permintaan bagi penarik balikan di pautan berikut:
Terdapat borang dalam versi Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.
Bahasa Malaysia: https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=136814&name=EA_GA_ATTACHMENTS
English: https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=136813&name=EA_GA_ATTACHMENTS

Sekiranya anda telah berfikir masak-masak dan telah membuat keputusan untuk menarik balik permohonan, ikut langkah di bawah:
- Muat turun borang
- Isi butiran maklumat seperti nama pemegang saham, nombor kad pengenalan / nombor syarikat, tandakan jenis permohonan, jumlah saham yang dipohon, dan nombor akaun CDS.

- Tandatangan borang tersebut dan letak nombor telefon serta tarikh

- Hantar borang sama ada melalui:
- melalui aplikasi elektronik ke Malaysian Issuing House Sdn Bhd di alamat emel – [email protected] (pemohon adalah dinasihatkan untuk mengisi borang dan menghantar melalui emel seperti tertera di atas) ATAU
- melalui pos atau kurier, sama ada dalam sampul surat rasmi yang disediakan atau sampul surat biasa yang ditanda dengan jelas “PILIHAN PENARIK BALIKAN EDELTEQ”, ke alamat berikut: Malaysian Issuing House Sdn Bhd (258345-X) Tingkat 11, Menara Symphony, No. 5, Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ATAU Peti Surat 00010, Pejabat Pos Jalan Sultan, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ATAU
- dihantar dengan tangan dan diserahkan di dalam kotak masuk yang disediakan di bahagian hadapan Menara Symphony, No. 5, Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Kesemua pilihan penarik balikan adalah untuk kesemua saham yang dilanggan dan bukan secara separa.
Pandangan penulis melihat kes ini sebagai isu antara ketua pegawai eksekutif Edelteq dengan Mi Technovation. Syarikat Mi Technovation tidak mempunyai sebarang masalah dengan kumpulan syarikat Edelteq.
Walaubagaimanapun, Chin sebagai ketua pegawai eksekutif Edelteq dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat akan memberi persepsi negatif kepada penyenaraian ini. Semoga kes ini tidak memberi impak yang besar kepada penyenaraian IPO Edelteq dan semoga kesemua pemohon dapat membuat pertimbangan yang wajar.
Penafian: Kami tidak membuat saranan untuk mengekalkan permohonan atau memberi saranan untuk menarik balik permohonan anda. Pelabur harus membuat pertimbangan sendiri dan membuat keputusan berdasarkan kajian anda dan bukan orang lain.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi…
>> Daftar Percuma* Sekarang di Webinar Swing Trading Reloaded
Percuma bila daftar bermuda! Ajak kawan atau keluarga cepat.
Sesuai untuk ZERO dan Newbies!