“Meriah bulan Mei dengan pembukaan permohonan IPO kepada awam”
Bulan Mei ini sangat meriah dengan IPO-IPO yang dibuka permohonan kepada orang awam. Edelteq Holding Berhad merupakan salah satu daripada banyak IPO yang dibuka untuk permohonan.
Tetapi, sebelum memohon apa-apa IPO, ambil tahu dulu serba sedikit maklumat tentang IPO tersebut. Artikel kali ini akan menyenaraikan 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum memohon IPO Edelteq Holding Berhad.
1. Latar Belakang Syarikat Edelteq Holding Berhad

Edelteq Holding Berhad merupakan syarikat pembekal barangan semikonduktor yang berpangkalan di Batu Kawan Penang. Syarikat sektor teknologi ini akan disenaraikan di pasaran ACE dengan harga tawaran pada RM0.24.
IPO ini pula bakal disenaraikan pada 30 Mei 2023 dan tarikh terakhir untuk memohon IPO ini adalah pada 17 Mei 2023.

Bukan itu sahaja, kebanyakan hasil jualan syarikat ini juga adalah dari Malaysia sendiri iaitu sebanyak 77.61% untuk jualan tahun 2022 dan selebihnya di negara lain seperti Singapura, Thailand and Amerika Syarikat.
2. Status Syariah IPO Edelteq

Menurut sumber daripada prospektus Edelteq, saham yang didagangkan adalah berstatus patuh syariah. Status patuh syariah ini adalah daripada Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sendiri.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

Saham baharu yang diterbitkan syarikat ini adalah sebanyak 100 juta unit dan hanya 26.63 juta unit yang boleh direbut oleh pelabur awam. Separuh daripada jumlah tersebut adalah untuk permohonan pelabur bumiputera dan separuh lagi untuk pelabur selain bumiputera.
Secara keseluruhan, jumlah saham syarikat ini akan menjadi 532,535,630 sekali gus menjadikan nilai pasaran syarikat ini sekitar RM127.80 juta.
4. Pemilik Terbesar Saham Syarikat

Terdapat tiga pemilik terbesar syarikat ini dan masing-masing memiliki saham syarikat Edelteq secara terus. Chin Yong Keong merupakan pemilik terbesar dan diikuti dengan Khong Chee Seong dan Chin Yuen Fong.
Masing-masing akan melepaskan sedikit jumlah pegangan saham sedia ada untuk proses terbitan awam ini menjadikan jumlah terakhir saham yang dimiliki adalah seperti gambar diatas.
5. Pendapatan Syarikat Terkini

Keuntungan kasar syarikat untuk tiga tahun terkini meningkat, cuma pendapatan bersih syarikat untuk tahun 2022 sedikit merosot oleh kerana pembiayaan fi profesional dan peningkatan gaji direktor syarikat pada tahun tersebut.
Selain itu, peningkatan kos pekerja juga menjadikan sebab kepada kemerosotan pendapatan bersih syarikat pada tahun 2022.
6. Kegunaan Dana IPO

Dana yang diperoleh daripada terbitan IPO ini akan digunakan untuk lima perkara seperti yang dinyatakan diatas. Melangsaikan pembiayaan pinjaman bank merupakan kegunaan terbesar dana daripada terbitan ini, iaitu sebanyak 42.71%.
Selain itu, dana ini digunakan untuk kos pembinaan kilang baharu, penyelidikan, modal perniagaan dan kos perbelanjaan untuk penyenaraian awam.
7. Polisi Dividen Syarikat

Dalam prospektus Edelteq, pihak syarikat telah menetapkan polisi dividen sehingga 20% untuk diagihkan kepada pelabur mereka berdasarkan pendapatan bersih syarikat.
Boleh tahan banyak juga 20%!
8. Pesaing Dalam Industri Yang Sama

Untuk industri semikonduktor, sememangnya pesaing sedia ada adalah banyak. Antara syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industri yang sama adalah seperti:-
- Pentamaster Corporation
- Aemulus Holdings Berhad
- Greatech Technology Berhad
Serta banyak lagi seperti yang tertera pada rajah diatas.
9. Market Share Dalam Industri

Untuk perniagaan pemasangan dan mereka bentuk IC, market share Edelteq adalah kurang daripada 1% iaitu pada 0.0099%.
Sementara untuk pemasangan dan reka bentuk ATE, market share syarikat adalah sekitar 0.072%.

10. Harga Sasaran Oleh Penganalisa

Untuk saham syarikat Edelteq Holding Berhad ini, penganalisis daripada Mercury Securities Sdn Bhd mensasarkan nilai “Fair Value” saham ini sekitar RM0.34.
Jika dibandingkan dengan harga tawaran IPO saham syarikat ini pada RM0.24, harga sasaran penganalisa adalah 41.167% lebih tinggi daripada harga tawaran.
Adakah IPO Edelteq bakal meroket? Sama-sama kita nantikan prestasi IPO ini pada 30 Mei nanti.
Baca cara mohon IPO: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2u atau Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan CIMB Clicks
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi…
>> Daftar Percuma* Sekarang di Webinar Swing Trading Reloaded
Percuma bila daftar bermuda! Ajak kawan atau keluarga cepat.
Sesuai untuk ZERO dan Newbies!