Pernah dengar indikator Pivot Points Standard? Indikator ini mungkin kurang dikenali jika dibandingkan dengan indikator-indikator lain seperti Moving Average, Bollinger Band, RSI dan MACD.
Indikator ini sangat berguna sekiranya anda tahu cara untuk menggunakannya dan ia amat membantu dalam kajian analisa teknikal.
Sumber: Investopedia
Apa Itu Pivot Points Standard?
Indikator Pivot Points Standard secara asasnya terdiri daripada 3 garisan penting iaitu support, resistance dan juga pivot point.
Garisan pivot adalah garisan yang berada antara garisan support dan resistance.
Setiap pivot yang terbentuk memberikan jangkaan untuk tempoh masa satu bulan.
Sumber :
Indikator ini adalah salah satu daripada indikator yang dianggap sebagai leading indicator kerana indikator ini memberitahu paras support & resistance untuk sepanjang bulan meskipun kita baru sahaja berada di awal bulan. Pendek kata, kita boleh tahu jangkaan paras support & resistance untuk sepanjang bulan tersebut.
Lihat contoh carta di atas. Meskipun bulan Jun belum lagi berakhir, garisan pivot, support dan resistance telah terbentuk sehingga hujung bulan Jun.
Jika nak guna indikator ini, anda kena tahu apa maksud di sebalik setiap garisan tersebut. Jom lihat di bawah maksud setiap simbol dalam indikator Pivot Points Standard.
- R2 : Paras resistance kedua
- R1 : Paras resistance pertama
- P : Pivot point
- S1 : Paras support pertama
- S2 : Paras support kedua
Sekiranya anda menetapkan lebih banyak garisan support dan resistance, maka paras support dan resistance tersebut adalah yang ketiga dan seterusnya.
Baca: Indikator Pivot Points : Buat Pelabur Yang Malas Cari Support Resistance
Cara Guna Pivot Points Standard
Garisan pivot point merupakan garisan antara support dan resistance. Sekiranya pada bulan tersebut harga saham berada bawah garisan pivot, maka saham tersebut berada dalam fasa bearish.
Sekiranya harga saham berada di atas garisan pivot pula, maka saham tersebut berada dalam fasa bullish.
Contoh saham di bawah merupakan contoh terbaik bagi situasi di atas. Ketika harga saham berada di bawah garisan pivot, harga saham terus menjunam dan mematahkan beberapa support.
Pada bulan Jun, saham ini kembali mendapat minat belian dan berjaya memecahkan garisan pivot dan seterusnya terus bullish sehingga berjaya memecahkan beberapa paras resistance.
Sumber:
Oleh itu, sekiranya harga saham berjaya membuat breakout pada garisan pivot, anda boleh merancang untuk membeli saham tersebut kerana saham tersebut telah berada dalam zon bullish dan berpotensi untuk menuju ke paras resistance seterusnya.
Sekarang bagaimana nak guna support & resistance pada indikator Pivot pula?
Paras resistance tersebut kita boleh jadikan sebagai paras untuk kita ambil keuntungan yang telah dibuat. Resistance 1 (R1) sebagai TP1, resistance 2 (R2) sebagai TP2 dan seterusnya.
Sekiranya harga saham berjaya memecahkan paras R1, anda juga boleh memegang saham tersebut lebih lama kerana ia berpotensi untuk menuju ke paras R2.
Dalam situasi tersebut, R1 anda boleh dijadikan sebagai support pula. Ini yang dimaksudkan sebagai resistance become support.
Support pula kita boleh jadikan sebagai cut loss sekiranya harga saham jatuh melebihi paras support. Setiap support tersebut kita boleh jadikan sebagai paras cut loss.
Sumber:
Harus diingatkan bahawa kita tidak boleh berdagang atau melabur dengan berpandukan hanya pada satu jenis indikator. Sebaiknya, kita menggabungkan beberapa indikator untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat ketika berdagang saham.
Ia terpulang kepada anda, indikator mana yang dilihat sesuai untuk digunakan bersama dengan Pivot Points Standard.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




