“Melabur dekat Wall Street guna screener apa?”
Bila sebut tentang pelaburan saham, ianya tidak terhad hanya kepada pasaran saham tempatan sahaja. Pelaburan saham merentasi benua ini bukan lagi perkara yang mustahil untuk dilakukan hari ini walaupun untuk pelabur runcit.
Broker tempatan juga sudah mula menyediakan perkhidmatan pelaburan di pasaran antarabangsa dengan kos brokerage yang lebih murah daripada biasa.
Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun.
Jika di Malaysia, kita boleh menggunakan website seperti KLSE Screener, Malaysiastockbiz dan Bursa Marketplace untuk membuat saringan saham, di Wall Street pula kita boleh menggunakan website Finviz untuk membantu kita membuat saringan.
Baca: Apa Itu Finviz Dan Cara Terbaik Menggunakan Screener Finviz
Artikel kali ini pula kami akan kongsikan cara mudah untuk anda mencari saham yang mempunyai potensi untuk membuat kenaikan di Wall Street secara step by step.
- Pergi Ke Website Finviz Untuk Menyaring
Sumber: Finviz
Perkara pertama untuk menyaring saham ini adalah dengan melayari website Finviz dengan menggunakan link seperti diatas. Kemudian pergi ke bahagian screener seperti yang ditunjukkan di atas.
- Pilih Negara Dan Tukar Tetapan Relative Volume
Sumber: Finviz
Set paparan screener seperti di atas ini, untuk bahagian descriptive ini anda perlu menukar dua perkara iaitu:-
- Tetapan negara
- Tetapan Relative Volume
Sumber: Finviz
Untuk negara, kita akan pilih pilihan negara USA untuk menyaring saham-saham di Wall Street.
Sumber: Finviz
Kemudian di bahagian relative volume pula, tukar tetapan kepada over 2 untuk saringan saham yang berpotensi untuk naik.
Selepas selesai dua tetapan di descriptive ini, kita akan pergi kepada tetapan technical pula.
- Ubah Tetapan Pattern Pada Saringan Teknikal
Sumber: Finviz
Dibahagian teknikal ini, ubah tetapan pattern kepada Horizontal S/R seperti yang ditunjukkan di atas untuk membuat saringan saham yang berpotensi untuk naik ini.
- Lihat Carta Saham-Saham Yang Telah Disaring
Sumber: Finviz
Selepas siap membuat saringan, tekan ke bahagian carta untuk melihat saham-saham yang berpotensi untuk membuat kenaikan dan sedang berada pada harga yang kritikal seperti contoh di atas.
Saham-saham ini boleh diletakkan dalam watchlist dan tunggu masa yang sesuai untuk membuat belian.
Tetapi pelabur juga perlu ingat bahawa saham-saham ini disaring hanya dengan tetapan teknikal dan tidak mengambil kira tentang fundamental syarikat.
Jadi sebelum membeli, pastikan anda telah membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu.
Saringan di atas ini juga tidak menyaring saham-saham yang patuh syariah di pasaran Wall Street. Jadi pelabur yang beragama Islam perlu membuat saringan tersebut secara sendiri.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada pembaca semua dan jumpa lagi pada artikel seterusnya.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet