Pedagang yang mempunyai strategi pelaburan dan perdagangan yang berjaya memerlukan akses kepada maklumat yang terkini dan boleh dipercayai mengenai pasaran. Sekiranya kita belum pernah mendengar mengenai Finviz, ianya merupakan screener saham dalam talian yang mempunyai pelbagai fungsi.
Saham yang disaring oleh Finviz adalah saham-saham global. Bagi yang melabur dalam pasaran Wall Street, maka beruntunglah kita semua kerana mempunyai screener yang mudah digunakan ini.
Screener Finviz membolehkan pedagang mengesan pergerakan harga saham dan memantau lebih banyak isyarat (signal) dan petunjuk.
Semasa pertama kali membuka laman web Finviz ini, kita akan melihat laman utama yang mengandungi pelbagai carta, senarai saham, dan senarai petunjuk teknikal.
Salah satu fungsi menarik Finviz adalah kita boleh perhatikan saham-saham yang disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat mengikut sektor dan industri. Dengan kemudahan ini, mudah bagi para pelabur untuk mengetahui saham mana yang sedang bullish dan bearish.
Setiap pagi sebelum membuka trading platform, perkara pertama yang akan saya buat adalah membuka Finviz dan melihat keadaan pasaran Wall Street. Sekiranya Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 kelihatan baik, maka saya boleh menjangkakan pasaran yang baik untuk Bursa Malaysia juga.
Sekiranya ketiga-tiga indeks tersebut berwarna merah, maka saya tahu saya perlu lebih berhati-hati.
Mungkin ramai yang sudah mengenali laman web Finviz ini, tetapi tahukah anda terdapat screener percuma yang amat berguna di Finviz?
Cara Menggunakan Screener Finviz
Dengan hampir 8,000 saham yang tersedia untuk dipilih dan dibandingkan, screener Finviz boleh menjadi sangat berguna bagi pelabur yang kurang berpengalaman. Dengan sedikit pengenalan dan latihan menggunakan screener ini, kita akan mendapati screener ini amat mudah untuk digunakan. Fungsi ‘Filter’ di bahagian atas skrin akan membolehkan kita menyaring saham yang ada kepada pecahan mengikut pasaran, sektor dan banyak lagi.
Langkah 1 – Klik pada ‘Screener’ di laman utama Finviz
Langkah 2 – Anda boleh pilih filter yang ingin digunakan seperti deskriptif, fundamental, teknikal atau pun kesemuanya sekali.
Langkah 3 – Klik semua, sekiranya anda ingin saring dengan menggunakan lebih banyak kriteria
Langkah 4 – Masukkan nilai yang anda mahukan. Nilai yang diisi seperti di dalam gambar rajah hanyalah contoh. Anda boleh masukkan nilai mengikut kehendak masing-masing.
Langkah 5 – Senarai nama kaunter akan terpapar di bahagian bawah screener setelah anda masukkan nilai ke dalam screener tersebut.
Dengan hanya 5 langkah, ianya begitu Mudah untuk menggunakan screener Finviz ini. Ianya disediakan secara percuma saja, kita dah boleh saring mengikut pasaran-pasaran sepertiAmerican Stock Exchange (AMEX), New York Stock Exchange (NYSE) dan Nasdaq Composite Index (NASDAQ). Sekiranya kita ingin menyaring pasaran saham selain daripada ketiga-tiga ini, maka kita boleh melanggan Finviz Elite.
Berapakah Kos Menggunakan Finviz?
Untuk mendaftar menggunakan Finviz adalah percuma. Namun harus diingatkan bahawa terdapat kelewatan terhadap harga yang dipaparkan. Untuk pasaran NASDAQ, harga yang dipaparkan adalah lewat selama 15 minit manakala untuk New York Stock Exchange (NYSE) dan American Stock Exchange (AMEX) pula adalah lewat selama 20 minit.
Kelewatan itu mungkin tidak mempengaruhi pelabur jangka masa panjang, namun bagi pedagang jangka masa pendek, setiap saat dan minit adalah berharga dan kenalah melanggan pakej Elite Finviz untuk mengurangkan tempoh kelewatan tersebut.
Finviz Elite berharga USD39.50 sebulan dan USD299.50 jika membuat langganan secara setahun terus.
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya.
Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.
Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.
Cuma kena lah ingat High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.
Bakal menemui anda tidak lama lagi, Webinar Saham Wall Street !
Berminat nak jana keuntungan daripada modal yang anda keluarkan?
Pra Daftar Webinar Saham Wall Street sekarang!
Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.
Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street : http://bit.ly/PraDaftar-WallStreet
Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.