• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Berdagang Saham Menggunakan Analisis Teknikal, Ichimoku Kinko Hyo

in Technical Analysis
A A
Berdagang Saham Menggunakan Analisis Teknikal, Ichimoku Kinko Hyo
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ichimoku Kinko Hyo atau lebih dikenali Ichimoku Cloud adalah satu indikator yang patut para pelabur fahami. Hal ini kerana ia mempunyai versitiliti yang tersendiri. Ichimoku Cloud merupakan gabungan beberapa indikator yang lain dan mampu untuk memberikan banyak signal seperti support dan resistance, momentum dan juga untuk menentukan arah tuju pergerakan harga dalam pasaran.

Indikator Ichimoku Kinko Hyo diperkenalkan oleh seorang jurnalis bernama Goichi Hosoda. Beliau mengeluarkan buku penulisan berkenaan Ichimoku Kinko Hyo pada tahun 1969. Walaupun bagi orang yang baru mengenali indikator mungkin ia adalah satu indikator yang complicated. 

Namun bagi yang sudah lama menggunakannya dan memahami konsep Ichimoku, ia adalah satu indikator yang well defined. Mungkin ramai lebih menggemarkan indikator yang straight forward dan mempunyai konsep yang lebih mudah untuk difahami.

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Melihat Trend Dengan Ichimoku Cloud

Awan Ichimoku (the cloud) adalah elemen utama dalam indikator ini. Hal ini kerana ia digunakan untuk menentukan arah trend secara keseluruhan. Senkou A (green) dan juga Senkou B (red) adalah dua elemen yang membentuk awan Ichimoku.

Sumber : 

Terdapat dua metod untuk mengetahui overall trend dengan menggunakan awan Ichimoku. Pertama, trend dikira meningkat apabila harga berada di atas awan. Trend dikira menurun apabila harga berada dibawah awan. Kedua, uptrend akan dikukuhkan lagi dengan Senkou A (hijau) berada di atas Senkou B (merah). Situasi ini akan membentuk awan Ichimoku hijau.          

Sebaliknya, downtrend berlaku apabila Senkou B berada di atas Senkou A dan membentuk awan merah. Kelebihan Ichimoku apabila ia menunjukkan support dan resistance untuk 26 hari ke hadapan.

Melihat Signal Menggunakan Conversion-Base Line  

Dalam fasa uptrend, bullish signal terjadi apabila Conversion Line bersilang ke atas dari Base Line. Dalam masa yang sama, bearish signal terjadi apabila Conversion Line bersilang ke bawah dari Base Line.

Sumber : 

Seperti contoh di atas, saham RGTBHD berada di dalam uptrend sejak Mei 2020. Pada hujung bulan Julai, saham ini membuat pullback apabila conversion line (biru) bersilang ke bawah base line. Namun begitu, terdapat awan Ichimoku (hijau) yang boleh digunakan sebagai strong support.

Harga saham RGTBHD membuat percubaan untuk memecahkan awan hijau tersebut namun tidak berjaya. Ini membuktikan bahawa harga berada pada kawasan support yang kuat.

Bullish signal terjadi apabila terdapat titik persilangan ke atas pada awal Oktober seperti dalam carta di atas. Ini merupakan signal yang jelas bagi pelabur mengambil kesempatan untuk memasuki pasaran.

Begitu juga sebaliknya apabila conversion line bersilang ke bawah dari base line, bearish signal akan terhasil. Secara mudah, signal bullish dan bearish juga boleh dilihat dengan perubahan warna awan Ichimoku. Awan hijau (bullish signal) terjadi apabila Senkou A bersilang ke atas Senkou B. 

Awan merah (bearish signal) terjadi apabila Senkou B bersilang ke bawah Senkou A. Pelabur boleh mengambil position dalam saham tersebut apabila harga berada hampir dengan titik persilangan.

Ichimoku Kinko Hyo merupakan satu indikator yang komprehensif kerana ia membekalkan signal yang jelas untuk menentukan trend secara keseluruhan. Apabila trend sudah jelas, pelabur boleh mengambil posisi mengikut trend tersebut dengan menunggu bullish signals muncul. 

Selain itu, pelabur juga boleh melihat support dan resistance di masa hadapan kerana Ichimoku memberikan panduan dengan data purata high and low 26 hari. Belajar dan kaji sendiri signal-signal yang boleh dikeluarkan dari indikator ini. Semoga bermanfaat.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share323ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

5 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

6 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

7 months ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In