• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Apa Yang Best Guna Platform MIDF Invest Ni?

in Saham Global
A A
Apa Yang Best Guna Platform MIDF Invest Ni?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Rakyat Malaysia kini boleh melabur secara dalam talian yang lebih selamat menerusi MIDF Invest yang dilancarkan.

Datuk Charon Wardini Mokhzani, Pengarah Urusan MIDF

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilihat sangat berminat untuk menceburi pelaburan antarabangsa terutamanya di pasaran Amerika Syarikat.

Namun pemilihan broker tempatan yang membolehkan pelabur untuk melabur merentas benua ini sangat terhad dan jika ada pun ianya mengenakan kos brokerage yang sangat tinggi.

Baca: Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Oleh itu ramai pelabur tempatan menggunakan perkhidmatan broker luar negara yang menawarkan brokerage yang jauh lebih murah untuk melabur di pasaran antarabangsa. 

Oleh itu, Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan pelaburan merentas benua dengan kos brokerage yang lebih masuk akal.

Untuk masa ini, MIDF Invest hanya terbuka untuk pelaburan di Amerka Syarikat sahaja, namun MIDF Invest juga bercadang untuk membolehkan pelabur melabur di pasaran lain selain Amerika Syarikat di masa akan datang nanti. 

Mari kita lihat apa yang bestnya menggunakan platform MIDF Invest untuk melabur di pasaran Amerika Syarikat.

Brokerage Fee Yang Murah

Sumber: MIDF Invest

Untuk memenuhi hasrat ramai pelabur tempatan yang hendak melabur di pasaran antarabangsa dengan kos brokerage yang murah, MIDF menawarkan kos brokerage serendah USD5.00 atau minima 0.4% sahaja.

Namun berita baik kepada semua pelabur, MIDF Invest menawarkan zero brokerage fee untuk pelaburan bawah USD1,000 sehingga 31 Ogos 2021. 

Kos yang lain seperti duti setem adalah sebanyak RM1 untuk setiap RM1,000 seperti broker yang lain dan clearing fee pula sebanyak 0.00051% daripada jumlah keseluruhan dagangan. 

Jika hendak dibandingkan dengan kos brokerage yang ditawarkan oleh broker tempatan yang lain, brokerage fee daripada MIDF Invest jauh lebih murah. 

Menawarkan Platform Patuh Syariah

Sumber: MIDF Invest

Untuk pelabur muslim yang tercari-cari platform untuk pelaburan global yang patuh syariah, MIDF Invest menawarkan platform patuh syariah yang menggunakan saringan saham patuh syariah daripada Ideal Rating.

Dengan saringan daripada Ideal Rating ini, pelabur mempunyai lebih banyak pilihan saham yang patuh syariah di pasaran Amerika Syarikat. Saringan ini juga difahamkan akan dikemas kini setiap tiga bulan. 

Untuk akaun patuh syariah ini, pelabur hanya dapat mencari saham-saham yang patuh syariah sahaja. Saham yang tidak patuh syariah tidak akan muncul di carian.

Tidak lah nanti tersalah beli saham yang tak patuh syariah pula nanti. 

Dikawal Selia Oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sudah menjadi kewajipan untuk semua broker tempatan yang menjalankan urus niaga dan perkhidmatan dagangan saham di Malaysia untuk dikawal selia oleh penguatkuasa tempatan. 

Untuk MIDF Invest ini, semua perkhidmatan yang ditawarkan mereka akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dengan adanya kawal selia ini, kita boleh menggunakan platform ini dengan tenang tanpa perlu takut tentang isu keselamatan duit pelaburan kita di dalam platform. 

Nanti tidaklah akaun pelaburan kita tiba-tiba dibekukan seperti yang terjadi pada eToro dan Binance baru-baru ini. 

Pembukaan Akaun Yang Cepat

Sumber: iStock

Untuk pembukaan akaun bersama MIDF Invest ini pula mengambil masa yang sangat singkat jika tiada sebarang masalah daripada dokumen yang diberikan. 

Jika kita buka hari ini, hari ini juga boleh mula melabur. 

Namun platform ini masih berada di fasa beta dan mungkin ada sedikit masalah yang akan dihadapi pengguna buat sementara waktu ini. Harap pengguna yang baru nak buka akaun MIDF ini bersabar.

Satu lagi perkara yang pelabur perlu tahu adalah  akaun pelaburan daripada MIDF Invest merupakan akaun pelaburan nominee. 

Menyediakan Tutorial Penggunaan Platform

Sumber: MIDF Invest

Kali pertama untuk menggunakan aplikasi ini mesti kita akan blur dan tidak tahu apa yang perlu dibuat tambahan pula platform ini sememangnya lain daripada platform broker tempatan yang sedia ada. 

Namun pengguna tidak perlu risau kerana MIDF Invest telah menyediakan video tutorial penggunaan platform ini daripada A ke Z di dalam aplikasi mereka. 

Jika pengguna mempunyai sebarang persoalan pula, pengguna boleh terus berinteraksi dengan Happiness Agent di dalam platform.

Pengguna yang sebelum ini menggunakan broker luar seperti SAXO Bank mungkin akan lebih familiar dengan platform trading MIDF ini kerana back end aplikasi ini sebenarnya menggunakan platform yang sama dengan Saxo Bank. 

Perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang best tentang platform pelaburan yang disediakan oleh MIDF Invest ini.

Namun kekurangan setakat ini adalah platform ini hanya ada dalam bentuk aplikasi sahaja buat masa ini. Jadi pengguna hanya boleh menggunakan platform ini di smartphone atau tab sahaja. 

Data-data yang disediakan juga sedikit delay dan pengguna perlu melanggan data live jika mahu mendapatkan data-data live tersebut.

Berminat untuk melabur di pasaran saham Amerika Syarikat?

Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share1479ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

5 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

5 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

5 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In