• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Ini Pola Bearish Reversal Candlestick Yang Anda Wajib Tahu

in Technical Analysis
A A
Ini Pola Bearish Reversal Candlestick Yang Anda Wajib Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Macam mana nak tahu saham tu akan berubah fasa? Ada tanda ke?

Sama seperti Bullish Reversal Candlestick yang mampu memberi signal penukaran arah trend saham dalam chart pasaran, Bearish Reversal Candlestick juga boleh menunjukkan indikator penukaran arah trend. 

Baca: Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui

Berbeza dengan Bullish Reversal Candlestick, Bearish Reversal Candlestick memberi signal kepada para investor tentang penukaran arah uptrend kepada downtrend.

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Bearish reversal ini amat penting untuk setiap pelabur dan pedagang tahu agar sentiasa peka supaya tahu bila masa sesuai untuk berada di exit position.

Justeru itu, untuk mendalami lebih lagi tentang Bearish Reversal Candlestick ini, artikel ini akan mengulas tentang 5 jenis pola candlestick dalam bahagian Bearish Reversal Candlestick ini yang sering kali dilihat dalam carta saham. 

Pertama, candlestick ini dinamakan Hanging Man. Badan di bahagian atas kepada candlestick ini berdekatan dengan harga pembukaan. 

Candlestick ini kebiasaannya tiada bayang di bahagian atas, jika ada pun, bayangnya  sangat pendek dan tidak signifikan.

Pada bahagian bawah pula, candlestick ini mempunyai bayang yang panjang. Kepanjangan bayangnya adalah dua kali ganda daripada ketinggian badan candlestick. 

Warna hijau atau merah pada candlestick Hanging Man ini tidaklah terlalu signifikan.

Apa yang penting adalah, candlestick ini terbentuk di fasa uptrend.

Apabila candlstick ini wujud, ini merupakan tanda fasa uptend sudah sampai ke penghujungnya.

Candlestick seterusnya dikenali sebagai Shooting Star. Badan di bahagian bawah candlestick ini berada berdekatan dengan harga penutup. 

Berbeza dengan Hanging Man, Shooting Star mempunyai bayang-bayang di bahagian atas yang mempunyai kepanjangan dua kali ganda panjang daripada ketinggian badan candlestick. 

Dan bayang candlestick wujud di bahagian bawah candlestick ini dan jika ada pun, bayangnya adalah sangat pendek.

Shooting Star akan terjadi pada fasa uptrend untuk menandakan fasa uptrend sudah sampai ke penghujungnya tidak kira warna hijau atau pun merah.

Candlestick seterusnya pula dikenali sebagai Bearish Engulfing. 

Pola candlestick ini perlu mempunyai dua candlestick yang berbeza, di mana candlestick pertama perlu berwarna hijau. 

Manakala candlestick yang kedua, berwarna merah. Apa yang penting adalah, badan candlestick kedua merangkumi badan candlestick yang pertama. 

Untuk Bearish Engulfing, bayang daripada badan tidak perlu perhatikan.

Selain itu, ada juga candlestick yang dikenali sebagai Dark Cloud Cover. Pola ini juga memerlukan dua batang candlestick untuk terbentuk. 

Candlestick yang pertama perlu berwarna hijau dan candlestick seterusnya pula harus berwarna merah. 

Harga candlestick kedua perlu melebihi separuh badan candlestick pertama. Di mana untuk hari kedua, harga dibuka lebih tinggi dari harga penutup sebelumnya (gap up). 

Sama seperti Bearish Engulfing, bayang daripada candlestick ini tidak perlu diperhatikan.

ola candlestick terakhir ini dinamakan sebagai Evening Star. Evening Star terbentuk apabila tiga candlestick utama dan terdapat beberapa syarat pembentukan pola candlestick Evening Star ini. 

Apa yang menarik adalah, candlestick pertama perlu berwarna hijau. Kedua, candlestick kedua yang terbentuk adalah kecil tanpa menghiraukan warnanya. 

Dan yang terkahir sekali, candlestick perlu berwarna merah. Sama seperti pola candlestick yang lain, bayang daripada badan candlestick ini adalah tidak penting.

Rumusan

 Daripada penerangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa logik dan konsep Bearish Reversal Candlestick ini perlu didalami oleh setiap pelabur.

Signal daripada pembentukan candlestick ini biasanya memberi isyarat perubahan trend kepada pelabur dan pedagang.

Dengan menguasai pengetahuan ini, pelabur boleh mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelaburan masing-masing. 

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share734ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In