Nak predict market price movement, kenalah tahu candlestick. Jangan ikut bu ycall.
Candlestick pattern adalah antara ilmu asas menganalisa saham yang perlu diketahui dan dipelajari oleh seorang pedagang dan pelabur saham.

Mari kita kaji bagaimana candlestick terbentuk.
ita sering melihat candlestick berrwarna hijau di dalam carta. Apakah signifikan warna candlestick tersebut?
Baca : Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui
Candlestick hijau terbentuk apabila harga penutup lebih tinggi daripada harga pembukaan.
Contohnya, harga dibuka sesuatu saham itu adalah RM0.20 dan ditutup dengan harga RM0.23.
Ini bermakna, harga saham tersebut bergerak daripada bawah dan terus naik ke atas. Itulah yang menyebabkan candlestick berwarna hijau terbentuk.
Harganya meningkat RM0.03 sen dan menyebabkan candlestick berubah menjadi hijau.
Seterusnya, candlestick berwarna merah yang membawa makna berlawan dengan candlestick berwarna hijau.
Candlestick merah terjadi apabila harga sesuatu saham ditutup lebih rendah daripada harga pembukaan.
Baca : Langkah Pertama Untuk Memahami Analisa Teknikal, Apa itu Candlestick
Di sini, anda sebagai seorang pelabur saham harus tahu bahawa harga saham ketika itu sedang menurun.
Contoh harga pembukaan adalah RM0.18 dan ditutup pada harga RM0.15. Maka di sinilah berlakunya candlestick merah yang menjadi tanda bahawa harga saham sedang menurun.
Kedua-dua warna candlestick ini mempunyai badan (body) dan bayang atau sumbu (shadow).
Keseluruhan pembentukan candlestick merangkumi badan dan bayang ini dipanggil range, iaitu harga saham yang berlegar pada julat itu sahaja.
Baca : Heikin-Ashi, Candlestick Yang Mudah Untuk Digunakan
Bayang atau sumbu atas (upper shadow) pula akan terjadi sekiranya harga pembukaan meni hingga harga tertinggi tetapi harga tetap ditutup pada harga yang lebih rendah daripadanya.
Bayang-bayang atau sumbu bawah (lower shadow) berlaku apabila harga pembukaan menurun hingga harga terendah tetapi masih tutup pada harga yang lebih tinggi daripadanya.
Secara asasnya pembentukan candlestick ini dapat memberi petunjuk kepada para pedagang dan pelabur tentang keadaan sesuatu harga saham.
Baca : ‘5 Golden Rules’ Penggunaan Candlestick Yang Kita Perlu Tahu
Terdapat banyak jenis-jenis candlestick yang lain perlu kita fahami agar dapat membaca chart pasaran dengan lebih tepat lagi.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




