• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

‘5 Golden Rules’ Penggunaan Candlestick Yang Kita Perlu Tahu

in Technical Analysis
A A
‘5 Golden Rules’ Penggunaan Candlestick Yang Kita Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Sebagai seorang pelabur atau pedagang saham, semestinya kajian teknikal dengan menggunakan carta wajib kita kuasai. Kajian teknikal ini akan memberitahu kita bila waktu terbaik untuk membeli dan menjual sesuatu saham. Kajian teknikal ini memerlukan kita mempunyai kemahiran dan perlu mengikuti beberapa peraturan.

Apa dia peraturan dalam penggunaan candlestick ang perlu kita ikut? Mari kita lihat 5 Golden Rules ini.

1. Jangan Melawan Trendline

Untuk memastikan kemenangan dalam pelaburan lebih tinggi berbanding kerugian, jangan sesekali kita cuba untuk melawan arah pasaran. Walaupun penggunaan candlestick membantu dalam membuat keputusan pembelian sesuatu saham, namun untuk memastikan kadar kemenangan lebih tinggi berbanding kadar kerugian; kita dinasihatkan untuk sentiasa mengikut trend sesebuah saham.

2. Jangan Guna Candlestick Semata-Mata

person holding black android smartphone

Memang benar pembacaan candlestick sangat membantu kita membuat pilihan membeli atau menjual saham dengan tepat. Namun, kita juga perlukan indikator lain sebagai sokongan kepada kajian candlestick kita. Indikator lain seperti Relative Strength Index (RSI) atau Moving Average Convergence Divergence (MACD) dapat membantu kita untuk membuat double confirmation kepada signal belian atau jualan yang kita nampak.

3. Jangan Bergantung Kepada Satu Time Frame

Graph, Diagram, Growth, Written Report

Dengan menggunakan lebih daripada satu time frame, kita akan dapat maklumat daripada dimensi yang berbeza. Kita akan nampak apa akan terjadi untuk masa terdekat dan juga tempoh masa yang lebih panjang dengan menggunakan lebih daripada satu time frame. Dengan maklumat ini, keputusan kita akan menjadi lebih berasas dengan maklumat terperinci yang diperolehi.

4. Sentiasa Ingat Paras Support Dan Resistance

Blur, Chart, Computer, Data, Finance

Kita perlu tahu di mana paras support dan resistance sesuatu saham, untuk kita bersiap sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Jika sesuatu saham berkenaan menghampiri paras support yang kuat, kita boleh bersiap sedia untuk membuat keputusan belian. Namun jika paras support berkenaan ditembusi, kita perlu cepat-cepat menjual saham tersebut sebelum ianya jatuh lebih teruk lagi.

Sebaliknya pula untuk paras rintangan (resistance) sesuatu saham. Apabila kita telah membeli sesuatu saham pada harga yang rendah dan sedang membuat keuntungan, kita boleh menjualnya apabila saham tersebut meghampiri paras resistance yang terkuat. Ini kerana harga tersebut akan jatuh semula sekiranya gagal menembusi paras resistance tersebut.

Namun, jika harga saham berkenaan berjaya menembusi paras resistance yang kuat tersebut, saham tersebut berpotensi untuk naik lebih tinggi lagi.

5. Cari Pattern Candlestick Yang Sesuai Dengan Kita

Black Pencil on White Printer Paper

Ilmu candlestick ini sememangnya sangat luas dan untuk seseorang menguasai kesemuanya adalah sangat sukar. Sebab itulah kita disyorkan untuk mencari satu style atau cara penggunaan candlestick yang paling sesuai dengan diri kita. Dengan membuat latihan yang kerap dengan menggunakan satu atau dua cara, ianya akan menjadikan kita lebih cekap melihat carta dan lebih tepat dalam membuat pilihan saham yang patut dibeli atau dijual.

Itulah dia 5 Golden Rules dalam penggunaan candlestick yang kita perlu tahu. Semoga ini sedikit sebanyak membantu kita dalam memantapkan lagi ilmu pelaburan saham yang kita ada.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share1032ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

12 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In