• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Bila Waktu Terbaik Untuk Beli Kaunter Downtrend?

in Technical Analysis
A A
Bila Waktu Terbaik Untuk Beli Kaunter Downtrend?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam pelaburan saham, ada tiga trend utama iaitu uptrend, sideways dan downtrend. Downtrend pula ada dua jenis iaitu major downtrend dan juga minor downtrend.

Major downtrend adalah fasa penurunan harga sesuatu saham untuk jangka masa melebihi satu tahun. Minor downtrend pula adalah fasa penurunan sesuatu harga saham berkenaan untuk tempoh masa yang lebih pendek iaitu tiga bulan ke bawah.

Contoh kaunter yang membuat minor downtrend ini adalah kaunter VSTECS, yang dulunya dikenali sebagai ECS ICT. VSTECS adalah satu-satunya syarikat pengedar produk-produk ICT untuk syarikat Apple dan juga syarikat-syarikat lain yang disenaraikan di pasaran Hongkong.

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Jenama-jenama syarikat VSTECS menjadi pengedar

Carta Bulanan VSTECS

Jika kita rujuk kepada carta saham VSTECS ini, pada awal tahun harga saham syarikat ini sedang membuat fasa uptrend. Namun, pergerakan harga saham ini membuat minor downtrend pada Ogos 2020.

Jika kita merujuk kepada carta dibawah, pergerakkan harga saham ini sedang berpadda pada fasa uptrend pada tahun 2020.

Vstecs Berada Dalam Keadaan Uptrend Dari Tahun 2010

Bermula dengan hanya RM0.55 seunit pada awal tahun 2010, harga saham ini telah melonjak naik sebanyak 200% dalam waktu kurang daripada setahun. Namun harga saham ini mulai jatuh dan membuat downtrenline yang ketara.

Jika pergerakkan harga saham yang membuat uptrend, trendline akan menjadi support, untuk pergerakkan harga pada downtrend pula, trenline tersebut akan menjadi resistance. Jadi, jika kita ingin membeli sesuatu saham yang sedang membuat fasa downtren, kita perlu menunggu pergerakkan harga tersebut untuk mematahkan downtrendline seperti gambar dibawah dan ianya dikenali sebagai Breakout Downtren Line(BDTL).

Untuk saham VSTECS ini, ianya pernah memecahkan downtrend line beberapa kali dalam masa kurang daripada tiga bulan.  

Untuk kaunter saham yang bagus seperti VSTECS ini, bila harga sahamnya semakin hari semakin jatuh, ianya adalah satu peluang untuk kita membelinya pada harga diskaun. Ini kerana VSTECS mempunyai fundamental yang bagus kerana syarikat ini terus-menerus membuat keuntungan walaupun penularan wabak Covid-19 yang berlaku.

Kebanyakan pelabur mengamalkan teknik swing sering tersilap dengan isyarat BDTL pada sesebuah kaunter, dan ramai juga yang tertanya-tanya sampai bila kita perlu menyimpan saham yang membuat penurunan semula selepas memecahkan uptrendline.

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu tahu apa itu Dead Cat Bounce.

Dead Cat Bounce

Dead Cat Bounce adalah kenaikan harga saham yang sementara ketika di fasa downtrend yang kemudiannya meneruskan penurunan semula. Jika kita perhatikan saham-saham yang berada di fasa downtrend yang lama, kebayakannya akan menunjukan ciri-ciri Dead Cat Bounce yang sama.

Untuk pelabur separuh masa yang mempunyai kerja hakiki, jika kita hendak membuat teknik belian swing ini, kita perlu elakkan saham yang membuat Dead Cat Bounce ini; kerana saham-saham sebegini lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek sahaja.

Sekiranya kita mendapati sesuatu kaunter mempunyai catalyst semasa dan fundamental yang baik, maka kaunter sebeginilah kaunter yang sesuai untuk kita menggunakan teknik swing.

Namun jika saham berkenaan hanya mempunyai catalyst sahaja tanpa mempunyai fundamental yang baik, maka ianya adalah tidak sesuai untuk dibeli dengan menggunakan teknik swing ini.

Apabila keadaan pasaran secara keseluruhannya sedang berada di dalam keadaan bearish, risiko pelaburan menjadi lebih besar. Oleh itu, kita sebagai pelabur dan pedagang perlu lebih berhati-hati untuk mengamalkan strategi berikut:

  • Siap sedia untuk keluar daripada pasaran dan sediakan tunai untuk menunggu pasaran kembali pulih dan membuat reversal.

Atau

  • Amalkan teknik Bottom Fishing di mana kita membeli ketika ramai yang membuat jualan panik. Teknik ini juga sering digelar Buy On Weakness dan Sell On Rebound.

Ketika pasaran sedang berada dalam fasa downtrend, konsep melindungi modal (Capital Preservation) adalah keutamaan berbanding mencari keuntungan dalam pelaburan. Kawalan risiko melalui teknik ‘Stop Loss’ sangat kritikal dan perlu diberikan perhatian yang khusus.

Ciri-Ciri Breakout Downtrendline Yang Padu

1. Candle Marubozu hijau (harga dibuka pada paras terendah dan diakhiri dengan paras tertinggi)

2. Ianya disertakan dengan volume yang tinggi.

Ini penting bagi mengelakkan breakout downtrend yang palsu dan akan menyebabkan kejatuhan harga semula. Jadi, bila kita dah tahu breakout downtrendline, bila  pula masa sesuai untuk kitabeli?

Salah satu harga entry yang paling mudah adalah pada penghujung waktu pasaran di mana harga sesuatu saham berjaya membuat breakout downtrendline . Belilah pada harga yang membuat breakout downtrendline.


Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share1827ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

4 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

5 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

7 months ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In