Dalam dunia perdagangan saham, sebenarnya ada sesuatu yang menarik untuk kita pelajari. Betapa ada sesuatu yang dengan mudahnya akan menentukan pergerakan harga ke bawah atau ke atas.
Apakah dia?
Dia yang dimaksudkan ialah laporan prestasi kewangan semasa atau dalam Bahasa Inggerisnya, kita panggil quarter report.
Apakah Itu Tarikh Penting?
Dalam pelaburan saham, kita perlu mengambil tahu setiap tarikh penting kaunter saham yang kita pegang.
Yang dikatakan tarikh penting ialah, tarikh keluarnya laporan prestasi kewangan semasa. Ini semua boleh disemak secara percuma di laman sesawang malaysiastock.biz.
Misalnya, kisah benar yang kita dapat perhatikan ialah prestasi kaunter-kaunter yang mencatatkan prestasi kewangan semasa yang memberangsangkan baru-baru ini.
Kaunter Hit Selepas Pengumuman Laporan Kewangan?
MI HOLDING BERHAD misalnya, setelah pasaran Bursa Malaysia ditutup pada 27 Julai yang lalu, kaunter ini mengumumkan prestasi kewangan semasa yang cukup bagus biarpun dalam situasi pandemik yang banyak membunuh prestasi perniagaan lain secara keseluruhan.

Lihatlah kenaikannya yang bagai tiada hari esok.
Kenaikan yang mencecah 11% dan penulis membeli kaunter ini ketika 3 Julai 2020.
Semasa laporan dikeluarkan, profit yang diraih ialah sebanyak 51%.

Syukur, begitulah apabila kita memahami sentimen, model perniagaan dan mampu merebut semua peluang yang terhidang.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




