3 syarikat tempatan bernilai bilion ringgit milik anak Sarawak
Nama Dato’ Dr. IR. Ts Mohd Abdul Karim Bin Abdullah menjadi sebutan sejak dua menjak ini selepas isu audit syarikat kepunyaannya, Serba Dinamik Holdings Berhad menjadi isu yang sangat sensasi oleh pelabur tempatan dan juga pelabur luar negara.
Sumber: Forbes
Dato’ Karim ini bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan salah seorang anak tempatan yang tersenarai di Forbes di antara 50 insan yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2020.
Dato’ Karim juga merupakan pemegang saham terbesar untuk tiga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang tiga syarikat yang dimiliki beliau, apa kata kita berkenalan dengan persona ini terlebih dahulu.
Seorang Billionaire Yang Humble
Sumber: Serba Dinamik Holdings Berhad
Abdul Karim Bin Abdullah yang berusia 56 tahun merupakan anak kelahiran Sarawak dan merupakan jurutera kelulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau hadir daripada keluarga petani tembikai yang miskin, namun itu bukan penghalang kepada beliau untuk mencapai cita-cita beliau sehingga berjaya hari ini.
Kerjaya beliau bermula sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat yang dikenali sebagai Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd pada tahun 1988 sebelum dilantik sebagai penyelaras untuk pasukan persiapan Ammonia dan Rotary 5th Turnaround pada tahun 1990.
Selepas mempunyai pengalaman dalam industri kejuruteraan, beliau menggagaskan syarikat sulungnya yang dikenali sebagai Serba Dinamik Sdn Bhd pada tahun 1993 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut sehingga hari ini.
Serba Dinamik mula didagangkan di pasaran terbuka pada penghujung tahun 2016 dan penyenaraian syarikat beliau di pasaran terbuka ini telah menjadikan beliau antara 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2018.
Bermula daripada syarikat pengendali minyak dan gas, Dato’ Karim terus menempa kejayaan dalam bidang perniagaan beliau dan hari ini, beliau merupakan pemegang saham terbesar untuk tiga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia seperti:-
Satu lagi syarikat yang diasaskan beliau adalah syarikat BiON PLC yang merupakan syarikat penyedia tenaga boleh diperbaharui termasuk tenaga daripada sisa. Syarikat ini tidak tersenarai di pasaran saham tempatan, tetapi disenaraikan di pasaran saham London Stock Exchange (LSE).
Mari kita lihat berapa pegangan saham Dato’ Karim dalam syarikat-syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pegangan Dalam Serba Dinamik
Sumber: Bursa Marketplace
Menurut maklumat daripada Bursa Marketplace, Dato’ Karim memegang sebanyak 24.04% pegangan saham dalam syarikat Serba Dinamik ini. Maklumat ini merupakan maklumat yang dikemas kini pada 29 Jun 2021.

Sumber: Bursa Malaysia
Maklumat terkini, Dato’ Karim telah melepaskan secara paksa 95 juta unit pada 2 Julai 2021 dan 8 juta unit lagi pada 5 Julai 2021pegangan beliau dalam syarikat Serba Dinamik ini dan menjadikan pegangan terkini beliau adalah sebanyak 20.72% sahaja.
Pegangan Dalam Sarawak Consolidated Industries Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
Dato’ Karim memiliki 37.01% pegangan saham dalam syarikat sektor pembinaan, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan merupakan pemilik saham terbesar syarikat tersebut.
Data daripada Bursa Marketplace ini dikemaskini pada 27 Mei 2021 dan tiada perubahan dari segi pegangan saham yang dimiliki oleh Dato’ Karim setakat artikel ini ditulis.
Pegangan Dalam KPower Berhad
Sumber: Bursa Marketplace
Untuk syarikat pengendali tenaga solar, Kpower, Dato’ Karim memiliki 32.36% pegangan saham dalam syarikat ini. Dengan pegangan sebanyak ini, beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam Syarikat Kpower ini.
Data ini juga dikemaskini pada 27 Mei 2021 dan sehingga artikel ini ditulis, tiada perubahan pegangan oleh Dato’ Karim terhadap saham ini.
Ketiga-tiga syarikat ini mempunyai latar belakang yang berbeza dan juga daripada industri yang berbeza. Namun satu persamaan yang ketara adalah pemilik terbesar saham-saham syarikat ini.
Sebab itu apabila isu audit Serba Dinamik dibangkitkan oleh juruaudit KPMG, saham syarikat SCIB dan KPower terkesan teruk daripada berita tersebut.
Baca: Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB Dan KPower Kena Tempiasnya
Seorang anak petani kini bergelar jutawan dan memiliki pegangan saham terbesar untuk tiga syarikat yang bagus di Malaysia.
Jika beliau boleh, anda juga mesti boleh!
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……