• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Kellington Group Dijangka Catat Pemulihan Pendapatan Kukuh

in Hebahan
A A
Kellington Group Dijangka Catat Pemulihan Pendapatan Kukuh

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Kelington Group Bhd (KGB) dijangka mencatat pemulihan pendapatan lebih kukuh pada tahun kewangan 2021, didorong oleh nilai kontrak dalam tangan yang mencecah angka tertinggi selain faktor kekurangan wafer serta usaha semikonduktor China di peringkat tempatan.

Kenanga Investment Bank Research (Kenanga Research) dalam nota penyelidikannya hari ini berkata laporan berita mengenai vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh firma farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, baru-baru ini juga dilihat sebagai perkembangan positif yang memberi sokongan terhadap KGB.

“Kami percaya kilang ais kering KGB akan menyaksikan peningkatan permintaan apabila syarikat-syarikat farmaseutikal saling mengumpulkan bahan itu bagi tujuan penyimpanan vaksin masing-masing.

“Lebih penting lagi, dengan adanya vaksin sedemikian akan membuka jalan bagi pembukaan semula ekonomi yang turut membantu melancarkan usaha KGB,” katanya.

Media kewangan Bloomberg melaporkan, vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer terbukti mencapai keberkesanan sehingga 90 peratus.

“Tidak kurang menariknya, kami turut difahamkan bahawa vaksin ini perlu disertakan bersama ais kering bagi memastikan suhunya di bawah -70°C bagi mengekalkan keberkesanan secara optimum.

“Atas alasan ini, menurut laporan NBC News, permintaan terhadap ais kering meningkat khuusnya daripada kalangan syarikat-syarikat farmaseutikal yang sedang berusaha menghasilkan vaksin selain bagi tujuan penghantaran makanan,” katanya.

Berikutan itu, kata Kenanga Reseach, KGB yang mempunyai kilang ais kering di Shah Alam, Selangor, berada pada kedudukan baik untuk mendapat manfaat susulan lonjakan permintaan terbabit.

Pada masa sama, ia juga percaya bahawa kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden akan meredakan sentimen terhadap Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC).

Selain itu, Kenanga Research menetapkan saranan ‘outperform’ terhadap KGB dengan harga sasaran pada RM1.92.

Pada 11.06 pagi ini, saham-saham KGB naik 7.35 peratus dengan sejumlah 5.35 juta saham saling berpindah tangan.

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In