
IFTA atau nama penuhnya International Federation of Technical Analysts; ditubuhkan pada 1986 bagi meraikan komuniti penganalisis pasaran yang semakin berkembang pesat selain daripada memberi pengiktirafan serta persijilan terhadap pertubuhan–pertubuhan dan para analisis di seluruh dunia. Pertubuhan ini juga memberi pengiktirafan kepada individu perseorangan yang berminat dalam kajian analisis teknikal, tidak kira sama ada mempunyai latar belakang industri perbankan atau pelaburan.
Sijil–sijil yang ditawarkan oleh IFTA adalah:
- Certified Financial Technician (CFTe)
- Master of Financial Technical Analysis (MFTA)

IFTA juga mengiktiraf Malaysian Association of Technical Analysts (MATA), sebuah organisasi dalam negara yang boleh permudahkan jalan untuk menjadi seorang profesional dalam bidang pelaburan. MATA juga menjadi platform untuk bertemu dan berkongsi idea berkenaan dengan pelaburan dan pengamal analisa teknikal.

Program yang ditawarkan MATA adalah MSTA; Diploma in Technical Analysis by United Kingdom Society of Technical Analysts (UK-STA). Dengan kerjasama Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI), MATA berganding bahu menjalankan kursus ini di Malaysia dan graduan persijilan ini akan digelar sebagai Certified Chartist.
Persidangan IFTA ke-31 di Kuala Lumpur
Persidangan IFTA merupakan persidangan yang dinanti–nantikan oleh para pelabur seluruh dunia. Ianya merupakan acara tahunan dan sungguh bertuah buat rakyat Malaysia apabila negara kita telah dipilih sebagai tuan rumah untuk persidangan IFTA pada tahun 2018. Masakan tidak apabila pasaran modal serta derivatif yang ditawarkan Bursa Malaysia sangat kecil, jika hendak dibandingkan dengan pasaran di New York, London, Hong Kong mahu pun jiran kita sendiri iaitu Singapura.
Sesuai sebagai negara yang membangun, persidangan bertempat di tanah air sendiri ini sekurang–kurangnya mendapat liputan daripada Bloomberg dan juga perhatian para pencinta dunia pelaburan dari serata dunia.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Dr Mahathir Mohamad, IFTA 2018 berlangsung selama 3 hari berturut–turut di KLCC. Bertemakan “Navigating Through Time and Volatility”, topik hangat yang menjadi perbincangan adalah pembaharuan polisi negara yang baharu sahaja bertukar kerajaan serta kesan perubahan tersebut terhadap minat dana pelabur asing ke dalam negara.
Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China juga menjadi topik perbincangan terhadap ketidaktentuan pasaran semasa.
Persidangan IFTA ke-33 Bersiaran Langsung Selama 24 Jam!

Terbaru, persidangan IFTA bersiaran langsung selama 24 Jam tanpa henti mulai 5 pagi waktu tempatan, pada 24 Oktober 2020. Berikutan pandemik Covid-19 yang masih berlarutan di Amerika Syarikat, pihak IFTA terpaksa menunda persidangan di Philadelphia, Amerika Syarikat kepada tahun 2021 dan telah memutuskan untuk membuat siaran langsung sidang IFTA secara PERCUMA kepada sesiapa yang berminat.
Kebiasaannya bilangan peserta adalah terhad dan yurannya pula mencecah USD1,000 (RM4,000 lebih) bagi setiap peserta!

Menariknya persidangan kali ini, juru ucap bermula dari negara paling Timur sekali iaitu Australia/New Zealand kemudiannya disusuli oleh Asia Pacifik, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan akhir sekali wakil dari benua Amerika Utara & Selatan melengkapkan putaran waktu selama 24 jam tersebut walaupun dikendalikan oleh Presiden Persidangan IFTA, Wieland Arlt mewakili Association of Technical Analysts Germany (VTAD) dari Jerman.
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, persidangan kali ini bersifat terbuka kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan nama-nama besar penganalisis teknikal seperti John Bollinger (pencipta indikator Bollinger Band dan dipatenkan), Roman Bogomazov dengan analisa Wyckoff dan juga Larry Williams, seorang yang terkenal dalam memberi nasihat psikologi pelaburan dan perdagangan.
Pelangi Di Sebalik Awan
Biarpun persidangan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan, namun ianya membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk turut bersama-sama mendengar dan bertukar pandangan dengan nama–nama besar dalam industri ini. Bagi yang terlepas untuk persidangan yang lalu, boleh dapatkan video yang telah dirakamkan secara percuma apabila berdaftar dengan MATA.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




