Anomali adalah satu keadaan di mana terjadinya perkara yang luar biasa dan jarang berlaku. Anomali dalam pasaran saham pula membawa maksud pergerakan harga saham yang berlaku adalah berbeza daripada apa yang dijangka berdasarkan berita yang berada di pasaran. Anomali yang terjadi pada pasaran adalah berlawanan dengan teori kecekapan pasaran.
Baca: Teori Kecekapan Pasaran Dalam Pelaburan Saham
Mari kita lihat beberapa contoh anomali yang wujud di dalam pasaran saham.
1. January Effect

January Effect ini merupakan anomali yang terkenal di dalam pasaran saham. Secara teorinya, anomali ini terjadi apabila sesuatu harga saham yang mempunyai prestasi yang kurang baik pada suku keempat setiap tahun akan mempunyai prestasi yang memberangsangkan pada bulan Januari. Di antara sebab January Effect ini berlaku adalah untuk mengurangkan beban cukai pelabur.
Oleh itu, pelabur biasanya akan menjual pegangan saham mereka yang sedang rugi pada bulan Disember untuk mengurangkan nilai capital gain yang diperolehi sepanjang tahun. Dengan pengurangkan capital gain, pelabur boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar di atas keuntungan pelaburan mereka. Pelabur akan membeli saham-saham yanng dijual tadi pada bulan Januari dan menyebabkan saham tersebut mempunyai minat belian yang tinggi pada bulan tersebut.
Antara sebab lain terjadinya January Effect ini adalah kerana para pengurus dana kebiasaanya akan melepaskan pegangan saham yang berisiko sebelum membuat laporan portfolio mereka pada penghujung bulan December. Dengan menjual saham atau aset yang berisiko ini, ianya akan mengurangkan risiko keseluruhan portfolio mereka.
Namun, setelah laporan portfolio sudah dibuat, pengurus-pengurus dana ini akan membeli semula saham yang berisiko ini untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi. Aktiviti ini juga dikenali sebagai “window dressing”.
Ianya merupakan perkara yang logik dan kesan ini dikatakan tidak tergolong sebagai anomali kerana kejadiannya boleh diramal. Namun terdapat juga kajian menyatakan bahawa tidak semua faktor di atas mempengaruhi kesan January Effect ini, walaupun sebahagian daripada faktor ini memainkan peranan yang besar terjadinya January Effect ini.
2. Size Effect

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, kebanyakan syarikat yang mempunyai modal pasaran yang kecil sering mengatasi prestasi syarikat yang mempunyai modal pasaran yang besar daripada segi pulangan keuntungan harga sahamnya.
Namun keputusan yang sama tidak dapat diperolehi pada kajian susulan terhadap kesan ini. Oleh kerana hasil kajian mendapat keputusan yang berbeza-beza, kesan saiz ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai anomali dan pelabur yang bertindak terhadap kesan ini berkemungkinan besar akan rugi dalam pelaburan mereka.
3. The Days Of The Week

Anomali The Days Of The Week ini tidak dinafikan terjadi kepada pasaran saham dan sebab-sebab terjadinya kesan anomali ini seolah-olah tidak masuk akal. Kajian terhadap anomali The Days Of The Week ini menyatakan bahawa, pergerakan harga saham berkecenderungan untuk bergerak lebih aktif pada hari Jumaat berbanding pada hari Isnin.
Ini secara tidak langsung membuatkan prestasi pasaran saham pada hari Jumaat adalah lebih baik daripada hari Isnin.
Pada peringkat fundamentalnya pula, kesan ini terjadi tanpa sebab yang kukuh. Secara psikologinya, kemungkinan pelabur mempunyai masa untuk membuat kajian pada hujung minggu dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila pasaran dibuka pada hari Isnin.
Atau sebaliknya, pelabur menjangkakan sebarang kemungkinan akan berlaku pada hujung minggu dan membuat belian atau jualan secara aktif pada hari Jumaat, bergantung kepada apa yang mereka jangka bakal berlaku pada hujung minggu tersebut.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)