Mesti ramai yang tak pernah dengar berkenaan teori kecepakan pasaran ini kan? Jom kita belajar bersama-sama mengenainya.
Teori kecekapan pasaran menyatakan bahawa harga sesebuah saham itu akan menggambarkan sepenuhnya maklumat yang sedia ada dan relevan dalam tempoh yang tertentu. Teori ini adalah hasil daripada kajian tentang Efficient Market Hypothesis (EMH) oleh seorang pengkaji pasaran yang bernama Profesor Eugene Fama.
Kajian ini yang menyatakan bahawa semua saham didagangkan pada nilai sebenar atau intrinsic value kerana harga saham itu menggambarkan tentang semua maklumat yang sedia ada. Beliau telah dianugerahkan Nobel Prize daripada hasil kajian tentang kecekapan pasaran ini.

Kajian kecekapan pasaran ini menyatakan bahawa pelabur tidak boleh mengalahkan pasaran dan pelabur hanya perlu melabur secara pasif dan mengikut indeks saham semasa. Persoalannya, betul ke teori dan kajian tentang kecekapan pasaran ini?
Untuk menjawab soalan di atas, kita perlu tahu dulu tentang EMH ini. EMH mempunyai tiga kategori yang menggambarkan kecekapan sesebuah pasaran iaitu kecekapan yang kuat (Strong Efficiency), kecekapan separa kuat (Semi Strong Efficiency) dan kecekapan yang lemah (Weak Efficiency). Mari kita lihat ketiga-tiga kategori kecekapan pasaran ini.
Kecekapan Pasaran Yang Lemah (Weak Market Efficiency)

Untuk hipotesis kecekapan pasaran yang lemah ini, teori ini menyatakan bahawa pergerakan harga saham yang lalu tidak berupaya untuk membantu pelabur untuk membuat jangkaan harga akan datang. Ringkasnya, teori weak market efficiency ini menyatakan bahawa pelabur secara puratanya tidak akan mendapat pulangan yang luar biasa berbanding pasaran dengan menggunakan cara momentum dan analisa teknikal.
Namun, dalam kerangka hipotesis ini juga menyatakan bahawa ada kemungkinan keuntungan boleh dicapai oleh pelabur dengan menganalisa secara fundamental.
Kecekapan Pasaran Separa Kuat (Semi-Strong Market Efficiency)

Hipotesis tentang kecekapan pasaran separa kuat ini pula menyatakan bahawa harga sesebuah saham akan sentiasa diselaraskan secara kerap dan cepat kepada maklumat baru yang diterima umum. Ini bermakna, baik strategi analisa teknikal atau fundamental tidak akan mampu memberikan pelabur pulangan yang luar biasa kerana harga saham itu akan diselaraskan dengan maklumat terkini yang berada di pasaran.
Hipotesis ini menyatakan bahawa hanya dengan maklumat privasi yang diketahui oleh pelabur sahaja yang mampu membantu pelabur mendapatkan pulangan yang luar biasa. Hanya mereka yang mempunyai insider bagi mendapatkan maklumat sebelum maklumat itu tersebar secara umum mampu memperolehi keuntungan dalam pelaburan mereka.
Kecekapan Pasaran Yang Kuat (Strong Market Efficiency)

Bagi hipotesis kecekapan pasaran yang kuat ini pula, ia menyatakan bahawa harga saham sudah mempamerkan tentang maklumat secara umum dan privasi. Hipotesis ini berkaitan dengan dua hipotesis di atas secara tidak langsung.
Oleh kerana hipotesis ini menyatakan bahawa harga saham sudah mempamerkan maklumat umum dan privasi, termasuklah maklumat daripada insider, ianya secara tidak langsung menyatakan bahawa pelabur tidak akan mampu memperoleh keuntungan dengan apa-apa cara sama ada analisa teknikal atau analisa fundamental.
Kepercayaan Terhadap Teori Kecekapan Pasaran
Para pelabur dan juga ahli falsafah mempunyai pendapat yang berbeza tentang teori kecekapan pasaran ini. Penyokong teori kecekapan pasaran ini percaya kepada hipotesis kecekapan pasaran yang kuat manakala mereka yang mengamalkan pelaburan menggunakan teknik analisa teknikal dan analisa fundamental lebih cenderung untuk menyokong teori berlawan daripada apa yang telah dikemukan oleh Profesor Eugene Fama iaitu ketidakcekapan pasaran.
Kepada pelabur nilai atau value investor, mereka percaya bahaya wujudnya harga saham atau syarikat yang berada pada bawah nilai pasaran sebenar. Contoh terkemuka pelabur nilai adalah Warren Buffet sendiri. Beliau telah berjaya membuat keuntungan secara konsisten dengan mengkaji nilai sebenar sesebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur ke dalam syarikat itu.
Dan Zanger pula telah membuktikan beliau berjaya mengalahkan pasaran dengan kajian teknikal beliau dan membuat pulangan yang luar biasa secara konsisten.
Rumusan
Jadi, adakah anda percaya kepada teori kecekapan pasaran ini? Atau anda sebenarnya tergolong di kalangan mereka yang menyokong teori kecekapan pasaran ini tanpa disedari.
Kesimpulannya, teori kecekapan pasaran ini adalah sebagai pembelajaran semata-mata. Kajian oleh ahli pakar telah dibuat dan memberikan keputusan yang pelbagai tentang teori ini. Sebagai pelabur, cukup untuk kita tahu bahawa wujud teori kecekapan pasaran ini untuk kita memahami emosi pelabur yang bercampur-campur ketika membuat keputusan dalam pelaburan mereka. Setiap pelabur mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap pasaran, maka tetapkanlah pendirian dan gunalah teknik yang sesuai dengan jiwa kita sebagai seorang pelabur.
Sumber: CFA Institute Resources
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)