• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Apakah Itu Momentum Dalam Pelaburan Saham Dan Cara-Cara Untuk Mengenalinya

in Technical Analysis
A A
Apakah Itu Momentum Dalam Pelaburan Saham Dan Cara-Cara Untuk Mengenalinya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apakah yang dimaksudkan dengan momentum stocks? Mengapakah kita perlu mengenali momentum stocks? Mengapa tidak kita sesuka hati membeli mana-mana saham yang ada?

Momentum stocks adalah saham yang mempunyai volume atau minat belian yang tinggi, dan berlakunya pergerakan harga pada saham tersebut. Dua faktor ini akan membawa kepada terbentuknya solid marobozu yang berwarna hijau. Marobozu merupakan candle yang sempurna terbentuk tanpa toncet atau ekor.

Apa akan jadi jika kita mencari saham yang bukan merupakan momentum stocks?

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Mari lihat contoh sekitar dua hingga tiga tahun yang lepas, pada saham syarikat Top Glove misalnya.

Carta harga saham syarikat Top Glove Corporation Bhd  (Sumber: tradingview.com)

Jika dilihat kepada 5 Magic Numbers bagi saham Top Glove ini, ia menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, di mana ia sering mengaut keuntungan yang berkembang saban tahun.

Carta menunjukkan keuntungan syarikat yang bertambah saban tahun (Sumber: malaysiastock.biz)

Walaupun begitu,carta harga saham syarikat ini menunjukkan kenaikan yang amat perlahan, malah kelihatan mendatar sahaja selama beberapa tahun lamanya. Jika para pelabur melaburkan wang ke dalam syarikat ini beberapa tahun yang lalu, wang mereka tidak berganda dan kekal sahaja di situ selama beberapa tahun dengan kenaikan yang amat perlahan.

Namun apabila berlakunya pandemik Covid-19,terdapatnya catalyst yang menolak harga saham syarikat ini untuk melakukan kenaikan. Menjelang tahun 2020, dengan permintaan sarung tangan yang tinggi, pergerakan harga berlaku dengan amat drastik. Kenaikan ini disokong dengan kekuatan fundamental syarikat beserta catalyst yang muncul. Volume belian untuk kaunter Top Glovesemakin meningkat dan disertaidengan pergerakan harga yang berlaku, kita boleh rumuskan bahawakaunter ini tergolong dalam kategori momentum stocks.

Catalyst pandemik Covid-19 ini membuatkan pelabur kebanyakannya tertarik untuk melabur ke dalam syarikat sarung tangan. Ini adalah kerana banyak perniagaan lain yang tidak mampu untuk terus berjalan, namun perkara sebaliknya berlaku kepada industri sarung tangan yang mula mendapat permintaan yang sangat tinggi.Saham syarikat Top Glove ini merupakan  leader dalam indusrti sarung tangan dan telah melonjak naik dengan amat dahsyat semenjak pandemik ini berlaku.

Jadi, bagaimanakah kita mahu mengaitkan momentum stocks dalam situasi ini?

Untuk menjadi seorang pedagang saham yang berjaya, kita perlulah pandai mencari saham syarikat yang harganya terus naik sebaik sahaja kita beli dan terus mendapat keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Membeli kaunter yang tidak bergerak selama bertahun-tahun lamanya seperti Top Glove sebelum iniadanya momentum akan membuatkan modal kita lambat untuk berkembang, dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk kita.

Hanya momentum stocks saja yang mampu memberikan kita pulangan yang lumayan dalam jangka masa yang singkat.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan momentum?

Jika kita kembali semula kepada formula momentum dalam subjek Fizik ketika di bangku sekolah dahulu, formula momentum adalah seperti berikut:  

Momentum = Mass x Velocity

Dalam pasaran saham pula, mass di sini adalah bersamaan dengan volume belian atau juga dikenali sebagai minat belian untuk hari tersebut. Velocity pula kita samakan dengan pergerakan harga yang berlaku.

Jika ramai orang beli dan berlakunya pergerakan harga, maka dapatlah kita menjangkakan bahawa ianya merupakan momentum stocks.

Kita hanya perlu membandingkan volume pada hari tersebut dengan volume pada hari-hari sebelum ini untuk menentukan sama ada volume itu dikira tinggi atau pun tidak. Kita tidak dapat mengetahui secara jelas volume berapakah yang dikira tinggi dan volume berapakah yang dikira rendah. Ini adalah kerana volume ini ada berkaitan dengan number of shares, di mana number of shares bagi setiap kaunter itu adalah berbeza-beza.

Baiklah, sekarang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan momentum stocks, pastikan kita tahu ciri-ciri  dan rajin-rajinlah buat kajian untuk mengenal pasti momentum stocks untuk merebut peluang untuk meraih keuntungan dalam jangka masa pendek.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share1114ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

1 year ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In