• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, November 6, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.03 mata atau 0.26 peratus kepada 1,537.79 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.29 mata kepada 1,538.05.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 224 kaunter untung mengatasi 133 kaunter rugi. Sebanyak 293 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 182.48 juta saham bernilai RM110.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi secara keseluruhan, disokong oleh prestasi pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan petunjuk perdagangan yang positif berikutan Presiden AS Donald Trump memberi bayangan bahawa lebih banyak perjanjian akan dimuktamadkan sebelum tarikh akhir 1 Ogos.

Di peringkat serantau, katanya Indeks Hang Seng Hong Kong merosot berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan selama lima hari.

“Dalam negara, kami menjangka pasaran mendatar buat sementara waktu dan akan menyambung semula untuk mencatat kenaikan. Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.58, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.30, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing naik dua sen kepada RM6.77 dan RM6.68 manakala Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM13.56.

Dalam senarai yang diniagakan secara aktif, YTL Corporation naik lapan sen kepada RM2.56, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada empat sen, Ekovest menambah satu sen kepada 41 sen manakala NexG dan TWL Holdings, masing-masing mendatar pada 52.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 30.82 mata kepada 11,537.64, Indeks FBMT 100 naik 29.54 mata kepada 11,299.26 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 21.54 mata kepada 11,550.49.

Indeks FBM 70 naik 43.30 mata kepada 16,650.87 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.64 mata kepada 4,643.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.89 mata kepada 17,499.12, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.28 mata kepada 157.42 dan Indeks Tenaga meningkat 0.13 mata kepada 739.98.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan merosot 4.36 mata kepada 7,430.43.

— BERNAMA

Buka akaun CDS secara online dan percuma! 

Nak buka akaun CDS dengan CGS International? Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference dan Klik Sini Untuk Tutorial

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakutenWall Street
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Pengumpulan Terpilih Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In