• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Nestle Catat Untung Bersih RM112.11 Juta Pada Suku Kedua 2025

in Catalyst
A A
Permintaan F&B Keuntungan Bersih Nestle Cecah RM620 Juta

Gambar: Nestle

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Nestlé (Malaysia) Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM112.11 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.60 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata prestasi yang lebih baik didorong oleh fokus berdisiplin ke atas kecekapan dan pengoptimuman kos, yang membolehkan pelaburan strategik dalam jenama bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan bahagian pasaran.

“Keuntungan yang diperoleh juga mendapat manfaat daripada pemulihan hasil yang kukuh dan strategi penetapan harga yang berhemah di tengah-tengah kenaikan kos,” tambahnya.

Hasil Nestlé bagi suku itu turut meningkat kepada RM1.67 bilion berbanding RM1.52 bilion tahun lalu disebabkan pertumbuhan yang positif daripada jualan domestik manakala jualan eksport pula kekal kukuh.

Justeru, ia mengesahkan lagi daya saing antarabangsa syarikat itu dan peranannya sebagai hab pembuatan halal terbesar bagi kumpulan Nestlé di peringkat global.

Melangkah ke hadapan, Nestlé menjangkakan untuk mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dan memulihkan tahap keuntungan pada separuh kedua 2025 yang berakhir 31 Disember, 2025, sambil kekal berwaspada terhadap risiko geopolitik.

Syarikat itu berkata ia akan terus memberi tumpuan kepada penyampaian produk halal yang berkhasiat yang memenuhi jangkaan pengguna di Malaysia dan akan terus melabur dalam pendigitalan dan kecekapan operasi bagi menyokong inovasi jenama dan kepimpinan pasaran jangka panjang.

Berikutan prestasi kukuhnya, lembaga pengarah Nestlé Malaysia mencadangkan dividen interim sebanyak 70 sen sesaham bagi tahun kewangan 2025, yang akan dibayar kepada para pemegang sahamnya pada 2 Oktober, 2025.

— BERNAMA

Buka akaun CDS secara online dan percuma! 

Nak buka akaun CDS dengan CGS International? Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference dan Klik Sini Untuk Tutorial

Tags: halal.korporatNestlesuku kedua
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In