KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Country Annexe Sdn Bhd (CASB) dan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) akan bekerjasama membangunkan Ipoh Sentral di Perak.
Pembangunan berkenaan melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6.25 bilion.
Hari ini, CASB memeterai perjanjian usaha sama pembangunan (JVDA) dengan ISSB bagi merasmikan kerjasama mereka dalam cadangan pembangunan bercampur Ipoh Sentral.
Perjanjian ini dilaksanakan susulan pemeteraian memorandum persefahaman pada 23 Jan, 2025.
“Kerjasama yang dicadangkan ini selaras dengan strategi korporat syarikat khususnya dalam memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan, kepelbagaian portfolio dan pembangunan berpusatkan komuniti.
“Dengan memanfaatkan kecekapan teras dan kepakaran industri yang dimiliki, syarikat berhasrat meningkatkan prestasi kewangan sambil mewujudkan nilai jangka panjang untuk pemegang saham, pihak berkepentingan dan komuniti yang diberikan khidmat,” kata MRCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syarikat menekankan kerjasama yang dicadangkan ini merupakan peluang strategik untuk pengembangan yang menguntungkan.
“Permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan berorientasikan transit (TOD) menawarkan prospek pelaburan yang menarik serta penjanaan hasil yang mampan dalam jangka panjang,” katanya.
MRCB menjangkakan kerjasama yang dicadangkan ini membolehkan syarikat mengembangkan kepakarannya dalam pembangunan berorientasikan TOD bagi membangunkan serta membina hab pengangkutan moden yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan.
Selain itu, MRCB juga menjangkakan peningkatan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan bersepadu tersebut.
“Projek TOD ini juga akan menjana pendapatan berulang sepanjang tempoh pembangunannya dan berperanan untuk menonjolkan keupayaan syarikat dalam pembangunan hartanah, kejuruteraan serta pembinaan,” katanya.
Syarikat itu berkata kerjasama yang dicadangkan ini turut meningkatkan secara signifikan simpanan tanah syarikat sekali gus memberikan akses kepada tambahan bidang tanah utama.
Jumlah tempoh pembangunan selama 20 tahun bermula dari tarikh pemenuhan syarat.
— BERNAMA
Baca dulu: Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




