Tesla baru sahaja mengumumkan laporan kewangan bagi suku pertama tahun 2025. Walaupun syarikat menghadapi tekanan pasaran global dan saingan sengit dalam industri EV, Tesla masih menunjukkan prestasi yang stabil dengan beberapa angka penting yang patut diberi perhatian.

Hasil (Total Revenue)
- AS$19.34 bilion
- -9.23% YoY (turun sedikit berbanding Q1 2024: AS$21.3B)
- -5% QoQ (turun sedikit berbanding Q4 2024: AS$25.71B)
Penurunan hasil ini mencerminkan kelembapan dalam penghantaran kenderaan serta pemotongan harga jualan yang agresif, terutamanya untuk Model 3 dan Model Y. Tesla cuba kekal bersaing dalam pasaran EV yang semakin sengit, terutama di China dan Eropah. Walaupun strategi ini membantu kekalkan permintaan, ia memberi kesan langsung kepada jumlah pendapatan.
Keuntungan Bersih (Net Income)
- AS$409 juta
- -55% YoY (turun berbanding Q1 2024: AS$1.34B)
- -48%QoQ (turun berbanding Q4 2024: AS$2.33B)
Keuntungan bersih susut lebih separuh berbanding tahun lepas, menunjukkan margin yang semakin terhimpit. Selain kesan harga jualan yang lebih rendah, peningkatan kos dalam pembangunan AI dan robotaxi turut menyumbang kepada penurunan keuntungan. Walaupun Tesla masih kekal untung, trend ini menunjukkan tekanan ketara ke atas model perniagaan semasa.

Pendapatan Sesaham (EPS – Earnings Per Share)
- AS$0.127
- -69% YoY
Penurunan EPS ini selari dengan prestasi keuntungan bersih. Ia memberi gambaran bahawa pemegang saham menerima pulangan yang jauh lebih rendah berbanding suku sama tahun lalu. Penurunan ini juga menimbulkan persoalan tentang sejauh mana keberkesanan pelaburan besar Tesla dalam masa terdekat.
Status Patuh Syariah

Berdasarkan saringan menggunakan aplikasi Webull, status saham Tesla ini adalah patuh syariah. Jadi kita bolehlah melabur tanpa was-was lagi untuk saham ini.
Nak mula beli saham Amerika Syarikat? Boleh buka akaun dagangan dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Nak tutorial, boleh klik sini.
Fokus Baharu Untuk Masa Depan
Laporan kewangan Q1 2025 bukanlah suku yang positif dari sudut kewangan. Penurunan dalam hasil, keuntungan bersih dan EPS menunjukkan cabaran nyata bagi Tesla dalam menyesuaikan diri dengan pasaran yang semakin kompetitif.
Walaupun prestasi kewangan merosot, Tesla masih berusaha kekal relevan. Elon Musk tekankan bahawa fokus mereka kini bukan sekadar jual kereta elektrik, tapi nak jadi peneraju dalam teknologi AI dan robotaxi pada masa depan.
Apa Pandangan Penganalisis?
Mengikut beberapa firma pelaburan dan sumber berita kewangan utama, saham Tesla kini berada dalam fasa mencabar dengan sentimen bercampur-campur di kalangan pelabur. Menurut Forbes, “prestasi asas Tesla kini tidak lagi menyokong penilaian pasaran yang terlalu tinggi. Saham ini memerlukan pemangkin pertumbuhan baharu dan segera.” Penganalisis menjangkakan Tesla sukar mengekalkan premium P/E tinggi jika hasil dan keuntungan terus merosot. Mereka kekal berhati-hati dengan saham ini buat masa sekarang.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)