Petronas Chemical Group Bhd (KLSE: 5183) (Petchem) merupakan salah sebuah anak syarikat Petronas yang menjalankan pembuatan bahan-bahan kimia di 11 buah tapak penghasilan terletak di Malaysia, Singapura, Jerman, Belanda, dan Kanada yang secara keseluruhan, mempunyai kapasiti penghasilan tahunan sebanyak 12.8 juta tan metrik.
Kini, nilai pasaran Petchem adalah sebanyak RM 43.2 bilion. Syarikat ini mengalami kemerosotan dari segi nilai pasarannya sebanyak 43.6% daripada RM76.7 bilion dicatatkan pada akhir tahun 2018.

Antara soalan yang tertanya-tanya kepada kita adalah:
– Kenapa harga sahamnya jatuh secara mendadak sejak satu ke dua tahun lepas?
– Adakah ini peluang bagi pelabur untuk membelinya pada harga yang ‘murah’?
Untuk menjawab peroslan di atas, mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur dalam saham Petchem.
1. Kapasiti Penghasilan
Petchem telah menambah kapasiti penghasilan syarikat. Secara keseluruhannya, kapasiti penghasilan syarikat meningkat daripada 10.8 juta tan metrik pada tahun 2015 kepada 12.8 juta tan metrik pada tahun 2019.
Dalam tempoh yang sama, Petchem telah mula menghasilkan produk-produk seperti ammonia dan urea di PC Fertiliser Sabah di Sipitang, Sabah; citral, citronellol, L-menthol dan highly reactive polyisobutylene (HR-PIB) di tapak BPC di Gebeng, Pahang; polyethlene (PE), polypropylene (PP) dan ethylene glycols (EG) di PIC di Pengerang, Johor.

2. Perolehan
Setelah merekodkan nila perolehan sebanyak RM5.1 bilion pada Q4 2018, nilai perolehan Petchem merosot kepada RM3.2 bilion pada Q2 2020. Punca daripada kemerosotan perolehan ini adalah disebabkan kejatuhan harga jualan dan pengurangan jumlah jualan untuk produk-produk kimia yang dihasilkan daripada segmen olefin & derivatives dan segmen fertilisers & methanol dalam tempoh 18 bulan tersebut.
Ini selaras dengan penurunan harga pasaran minyak mentah, terutamanya pada 1H 2020 atas sebab pengurangan permintaan dan kegunaan minyak kerana keadaan ekonomi dunia yang agak tidak stabil kesan daripada wabak COVID-19 yang melanda.


3. Keuntungan Bersih
Petchem juga telah merekodkan keuntungan bersih yang semakin merosot secara berterusan daripada RM1.4 bilion pada Q4 2018 kepada RM186 juta pada Q2 2020.


Dalam tempoh masa 12 bulan terkini, Petchem telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.6 bilion dan mempunyai nilai Earnings Per Share (EPS) bernilai 19.81 sen. Jumlah keuntungan bersih kali ini merupakan keuntungan yang terendah jika dibandingkan dengan keuntungan yang dijana pada tahun-tahun yang lepas (2013-2019).
Dari nota 2 dan 3, anda akan dapati bahawa penurunan harga saham Petchem ini selaras dengan penurunan keuntungan bersih yang dicatatkan syarikat dalam tempoh 18 bulan terkini. Situasi yang dialami oleh Petchem ini agak berbeza jika dibandingkan dengan situasi Petgas. Walaupun kedua-dua saham syarikat ini mengalami penurunan harga, namun punca kepada penurunan harga saham mereka adalah berbeza.
Ini kerana Petgas telah berjaya merekodkan keuntungan bersih yang lebih tinggi dan meningkat pada 2019. Punca penurunannya adalah disebabkan oleh penilaian harga saham yang tinggi daripada segi P/E dan P/B Ratio sewaktu harga sahamnya bernilai RM 20+ pada tahun 2013 sehingga 2016.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2013 sehingga tahun 2019, Petchem telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM32.5, RM2.2 bilion untuk pendapatan faedah, dan juga RM1.0 bilion pendapatan dividen daripada pelaburannya ke dalam syarikat associate dan joint venture.
Daripada jumlah itu, syarikat telah membelanjakan aliran tunainya untuk:
– RM19.6 bilion untuk capital expenditures (Capex) bersih
– RM8.1 bilion untuk pembayaran dividen ke pemegang sahamnya.
Pemberian dividennya pada tahun 2019 telah berkurangan selaras dengan penurunan keuntungan bersih syarikat pada tahun tersebut.

5. Kedudukan Kewangan Semasa
Pada Q2 2020, Petchem telah merekodkan liabiliti bukan semasa berjumlah RM5.5 bilion dan RM30.5 bilion untuk ekuiti pemegang saham. Oleh yang demikian, syarikat mempunyai nisbah hutang sebanyak 18.0%.
Pada masa yang sama, Petchem juga telah merekodkan RM16.2 bilion untuk aset semasa dan RM3.0 bilion dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa Petchem adalah 5.45.
6. Siapa Pemegang Saham Utama Petchem?
Pada 26 Februari 2020, 5 pemegang saham utama Petchem tersenarai seperti berikut:

7. Pelan Pertumbuhan Terkini
Berikut adalah senarai pelan pertumbuhan terkini bagi Petchem:
a. Da Vinci Group B.V. (Da Vinci)
Pada 13 September 2020, Petchem telah berjaya membeli 100% pemegangan saham untuk syarikat Da Vinci yang bernilai EUR163 juta atau RM804 juta. Da Vinci adalah syarikat Belanda yang terlibat dalam formulasi, penghasilan, dan penjual semula produk seperti silicones, lube oil addictives, dan chemicals.
b. Dua Final Investment Decisions (FID)
Pada 2020, Petchem telah mencapai kata sepakat untuk dua FID pelabur dalam pembinaan butadiene derivative plant di Pengerang dan specialty chemicals plant di Kertih Integrated Petrochemical Complex (KIPC).
c. Pengerang Integrated Complex (PIC)
Untuk pelaburan PIC Petchem pula, projek ini termasuk dengan pembinaan tapak pembuatan pelbagai jenis produk-produk kimia seperti polymers, glycols, isononanol, ethylene & propylene (EP), butadiene dan benzene.
Status projek ini sudah 99.9% siap dibina dan kini, Petchem sedang bersedia untuk memulakan operasinya pada mula tahun 2021.
8. P/E Ratio
Pada 25 September 2020, harga saham Petchem adalah bernilai RM5.40. Jika kita guna nilai EPS 12 bulan terkini, iaitu 19.81 sen, P/E Ratio semasa Petchem ialah 27.26. Nilai P/E Ratio semasa adalah tertinggi untuk tahun ini.
Ini disebabkan oleh nilai EPS yang direkodkan adalah nilai terendah sejak daripada tahun 2013 sehingga tahun 2019.

9. P/B Ratio
Pada Q2 2020, Petchem telah merekodkan RM3.82 untuk aset bersih sesaham. Maka, P/B Ratio semasanya adalah 1.41, iaitu terendah sejak 2013.

10. Kadar Pembayaran Dividen
Pada 2019, Petchem telah membayar dividen sebanyak 18 sen sesaham. Nilai ini juga dikenali sebagai nilai Dividends Per Share (DPS).
Jadi, kadar pembayaran dividennya adalah 3.33%.

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, saya mendapati:

Jadi, adakah anda berminat untuk melabur ke dalam saham Petchem?
Sebelum membuat sebarang keputusan, anda boleh membuat perbandingan secara objektif di antara Petchem dan Petgas. Syarikat yang manakah lebih menepati cita rasa anda dan mengapa? Daripada perbandingan tersebut, bolehlah anda membuat keputusan yang lebih tepat.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)