Petronas Gas Berhad (KLSE: 6033) (Petgas) merupakan anak syarikat kepada Petroliam Nasional Berhad dan syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan pemprosesan gas asli kepada ethane, butane, propane dan salesgas dan mengedarkannya kepada para pengguna melalui PGU, iaitu Peninsular Gas Unit pipeline network di seluruh negara.
Terkini, nilai pasaran Petgas adalah bernilai RM 32.7 bilion dan merupakan di antara top 30 syarikat terbesar yang tersenarai pada Bursa Malaysia.
Dalam artikel ini, kami akan memberi rumusan tentang prestasi kewangan syarikat dan menjelaskan kenapa harga saham syarikat ini turun daripada RM24.50 pada tarikh 30 Mei 2014 kepada RM16.52 terkini. Kami juga akan memberi cara untuk mengelak membeli kaunter Petgas ketika harga sedang berada di puncak.

Mari kita lihat 10 perkara sebelum nak melabur dalam kaunter Petgas.
Modal Perniagaan
Petgas menjana pendapatannya daripada empat segmen perniagaan seperti:
1. Pemprosesan Gas
Petgas telah menandatangani Gas Processing Agreement pada tahun 2014 untuk memproses gas asli yang dicarigali oleh Petronas di offshore Terengganu untuk menghasilkan gas ethane, butane, propane dan salesgas selama 20 tahun sehingga 31 Disember 2033. Kini, Petgas beroperasi dengan enam buah gas processing plants di Kertih, Santubong dan Terengganu.
2. Regasification
Petgas juga beroperasi dengan dua buah regasification terminals di Sungai Udang, Melaka dan Pengerang, Johor. Mereka menerima dan menyimpan Liquified Natural Gas (LNG) yang diimport dan memprosesnya kepada salesgas.
3. Pengedaran Gas
Hasil daripada produk di dalam segmen pemprosesan gas dan regasification seperti ethane, butane, propane dan salesgas tadi; akan disalurkan ke PGU network sebelum diedarkan kepada pelanggan utamanya, iaitu Petroliam.
Petgas juga menjana perolehannya daripada struktur fi di dalam Gas Transportation Agreement yang telah ditandatangani pada tahun 2014 bagi tempoh selama 20 tahun.
4. Gas Industrial
Selain daripada itu, salesgas yang diproses akan digunakan untuk menghasilkan stim, gas industrial dan bekalan elektrik untuk Petronas Chemical, Tenaga Nasional (TNB) dan syarikat lain yang terlibat dalam petrokimia, tenaga, pengguna industri besar di Malaysia.
Keputusan Kewangan
5. Perolehan
Petgas telah mencapai peningkatan CAGR sebanyak 6.22% dalam perolehannya sejak 7 tahun lepas, meningkat daripada RM3.58 bilion pada tahun 2012 kepada RM5.46 bilion pada tahun 2019.
Peningkatan ini adalah hasil daripada perolehan syarikat yang stabil di dalam segmen pemprosesan gas dan pengedaran gas, penambahan pendapatan daripada permulaan operasi regasification terminalnya di Sungai Udang pada tahun 2013 dan di Pengerang pada tahun 2017, dan juga peningkatan jualan gas industrial dalam tempoh tersebut.

6. Keuntungan Bersih
Petgas telah memperolehi Deferred Tax Assets (DTA) daripada tahun 2013 sehingga tahun 2015 kerana Petgas telah menerima Investment Tax Allowances (ITA) bagi projek Regasification Terminal di Sungai Udang, Kimanis Power Sdn Bhd, dan Plant Rejuvenation and Revamp (PRR) bagi Gas Processing Plant 2, 3, and 4 pada masa tersebut.
Oleh itu, Petgas telah mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi pada tahun 2013 sehingga tahun 2015.

Jika kita asingkan nilai DTA yang diperolehi, peningkatan CAGR Petgas hanyalah berjumlah 5.05% untuk keuntungan bersihnya. Keuntungan bersihnya meningkat daripada RM1.41 bilion pada tahun 2012 kepadaa RM1.98 bilion pada tahun 2019.

7. Return on Equity (ROE)
Petgas telah mencapai purata ROE berjumlah 14.55% setahun dari tahun 2012 sehingga tahun 2019. Ini bermaksud bahawa syarikat menjana RM14.55 keuntungan bersih daripada setiap RM100 ekuiti pegangan saham sejak 8 tahun yang lepas.
8. Pengurusan Aliran Tunai
Daripada tahun 2012 sehingga tahun 2019, Petgas menjana aliran tunai operasi bernilai RM 20.9 bilion dan RM 891.3 juta untuk pendapatan faedah dan pendapatan dividen dari syarikat-syarikat Joint Venture dan Associate-nya. Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar:
– RM10.5 bilion untuk net Capital Expenditures (CAPEX).
– RM9.79 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.
Petgas telah menambah baki tunainya daripada RM1.71 bilion pada tahun 2012 kepada RM4.02 bilion pada tahun 2019.

9. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 30 Jun 2020, Petgas telah mencatatkan liabiliti bukan semasa sebanyak RM3.29 bilion dan RM13.21 bilion untuk ekuiti pemegang saham. Oleh itu, Petgas mempunyai nisbah hutang sebanyak 24.91%. Pada masa yang sama, Petgas telah mempunyai aset semasa bernilai RM5.23 bilion dan RM2.81 bilion untuk liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasanya adalah 1.86.
10. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Petgas telah mencatatkan perolehan bernilai RM5.51 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM1.81 bilion untuk 12 bulan terkini. Jadi, Earnings Per Share (EPS) syarikat berjumlah 92.58 sen. Daripada jumlah tersebut, Petgas telah membayar sebanyak 72.00 sen Dividends Per Share (DPS).

Pelan Pertumbuhan
11. Nitrogen Plant
Petgas sedang membina satu nitrogen plant yang baru di Kerteh, Terengganu. Nitrogen plant ini dijangka bakal siap dibina pada tahun 2021.
12. LNG Bunkering dan LNG Truck
Petgas juga sedang membina satu LNG Bunkering di Sungai Udang, Melaka dan LNG Truck di Pengerang, Johor. Kedua-kedua projek ini dijangka siap dibina pada separuh kedua tahun 2020.
Penilaian Saham
13. P/E Ratio
Pada 12 September 2020, harga saham Petgas bernilai RM16.52 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini Petgas adalah 17.43 jika harga seunit saham Petgas dibahagikan dengan EPS Petgas bagi 12 bulan terkini sebanyak 92.58 sen.
Jika kita bandingkan dengan nilai P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2012 hingga 2019), Petgas juga mencatatkan purata nilai P/E ratio berjumlah 24.73 untuk tempoh 9 tahun yang lepas.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 16.52 / RM 0.9258
= 17.84

14. P/B Ratio
Pada 30 Jun 2020, Petgas telah mencatatkan RM6.68 sesaham untuk aset bersih. Jadi, nilai P/B Ratio Petgas terkini adalah 2.47. Jika dikita bandingkan dengan P/B Ratio Petgas untuk tahun-tahun yang lepas (2012 sehingga 2019), P/B Ratio terkini merupakan nilai terendah sejak 9 tahun yang lepas.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 16.52 / RM 6.68
= 2.47

15. Kadar Pembayaran Dividen
Petgas telah membayar dividen sebanyak 72.0 sen sesaham pada tahun 2019. Oleh itu, kita dapat rumuskan Petgas merupakan sebuah syarikat yang membayar dividen kepada pemegang sahamnya dengan konsisten dan meningkat daripada segi jumlah bayaran dividennya sejak 9 tahun yang lepas.

Petgas membayar dividennya setiap suku tahunan. Kadar pembayaran dividen terkini Petgas ialah 4.80%. Jika dibandingkan dengan kadar dividen Petgas untuk tahun-tahun yang lepas (2012 sehingga 2019), kadar pembayaran dividen terkini merupakan yang tertinggi sejak 9 tahun yang lepas.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.72 / RM 16.52) x 100%
= 4.36%

Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, apakah cara atau kaedah yang kita boleh lakukan untuk mengelak daripada membeli saham Petgas pada harga RM24.50 semasa 30 Mei 2014 yang lalu?
Sebagai pelabur, kita perlu melakukan penilaian saham yang kita ingin beli. Jika kita perhatikan harga saham Petgas pada 30 Mei 2014 yang bernilai RM24.50, kita boleh membuat penilaian seperti berikut:
a. P/E Ratio bernilai 33.8 (nilai tertinggi sejak 9 tahun lepas)
b. P/B Ratio sebanyak 4.72 (nilai tertinggi sejak 9 tahun lepas )
c. Kadar Pembayaran Dividen sebanyak 2.24% setahun (nilai terendah sejak 9 tahun lepas )
Dengan itu, kita boleh mengelak daripada melabur ke dalam Petgas kerana penilaian saham pada ketika itu adalah tinggi.
Jadi, wajarkah anda melabur saham Petgas? Yang itu, tepuk dada tanya selera anda sendiri.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)