• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Cahya Mata Sarawak Sasar Pengeluaran Klinker Berganda Melalui Kemudahan Baharu

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Cahya Mata Sarawak Melonjak Kepada RM154.36 Juta

DCIM100MEDIADJI_0096.JPG

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUCHING, 23 Jan (Bernama) — Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran klinker menerusi pembangunan kemudahan baharu, Clinker Line 2 di Mambong di sini.

Cahya Mata Cement dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek itu ditetapkan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran simen di Sarawak selain memenuhi permintaan infrastruktur negeri yang semakin meningkat untuk 15 tahun akan datang.

“Clinker Line 2 akan mengambil masa kira-kira 24 bulan untuk disiapkan. Ia akan menggabungkan ciri-ciri terkini untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan kecekapan tenaga,” katanya.

Barisan pengeluaran baharu itu akan dibangunkan dengan kerjasama Sinoma Industry Engineering (M) Sdn Bhd berikutan perjanjian perundingan teknikal yang dimeterai pada November 2023 meliputi reka bentuk dan pembinaan seterusnya barisan klinker serta mengoptimumkan kemudahan pengeluaran klinker sedia ada.

Setelah siap pada Mac 2027, Clinker Line 2 akan mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan tambahan 6,000 tan metrik klinker setiap hari sekali gus menggandakan kapasiti pengeluaran tahunan Cahya Mata Cement daripada 900,000 tan kepada 1.92 juta tan.

Kemudahan baharu itu akan menampilkan sistem pemulihan haba sisa yang mampu menjana kuasa sehingga 6.0 megawatt, sistem penapisan habuk termaju untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 50 peratus dan peralatan yang direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida.

Dalam pada itu, dengan menggunakan bahan mentah dan bahan api alternatif yang tersedia di dalam negara, kemudahan berkenaan akan meminimumkan pergantungan kepada bahan api fosil selain mengukuhkan kedudukan Cahya Mata Cement sebagai peneraju dalam pengeluaran simen hijau.

Semasa fasa pembinaannya, projek Clinker Line 2 dijangka memerlukan sehingga 500 pekerja pada kemuncaknya yang akan memberikan rangsangan besar kepada pekerjaan tempatan dan mencipta peluang untuk perniagaan tempatan sepanjang rantaian bekalan.

Setelah beroperasi, kemudahan baharu tersebut akan membolehkan Cahya Mata Cement memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi simen di Sarawak dengan unjuran pengeluaran tahunan sebanyak 2.4 juta tan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Cahya Mata Cement Choong Ju Tang berkata syarikat itu komited untuk menyediakan bekalan simen berkualiti tinggi yang lestari, disokong oleh jenama dan asas kukuh yang dibina selama lebih 50 tahun dalam menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

“Apabila projek Clinker Line 2 diluluskan dan siap, kami akan berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi dan melebihi permintaan industri pembinaan pada masa hadapan,” katanya.

— BERNAMA

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
✅ PERCUMA yuran platform!

  1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
  2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
  3. US Options: USD 0.35 per contract
  4. We remain committed to ZERO platform fees

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: Cahya Mata CementCahya Mata SarawakClinker Line 2infrastrukturkelestarianSarawak
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In