• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran

in Saham
A A
5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ramai yang berminat nak trade waran kerana harganya yang lebih murah dan adakalanya waran lebih volatile daripada saham induk.

Apabila kita sedang bercakap mengenai waran di sini, waran yang dimaksudkan adalah waran syarikat dan bukannya waran berstruktur. Hal ini kerana kita hanya ingin fokus terhadap waran yang patuh syariah sahaja.

Untuk pengetahuan anda, waran berstruktur tidak patuh syariah. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Baca: Perkara Yang Pelabur Perlu Tahu Sebelum Membeli Waran

Pada kebiasaannya kita sering dididik untuk melihat pada saham yang harganya lebih mahal kerana lebih stabil. Sebagai contoh saham yang berharga di atas RM1.00. Saham yang lebih mahal juga sukar digoreng oleh pihak sindiket.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melabur dalam saham yang lebih stabil serta berkualiti, anda boleh mengkaji saham yang harganya lebih tinggi.

Baca: Beli Saham Mahal, Boleh Buat Untung Ke?

Jom lihat contoh-contoh saham atas RM1.00 yang mempunyai waran.

1. Solarvest Holdings Berhad 

Sumber: Solarvest

Solarvest merupakan antara salah sebuah syarikat tersenarai yang menawarkan penyelesaian tenaga hijau melalui perkhidmatan berkaitan tenaga solar.

Solarvest ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi untuk mengubah cara tenaga digunakan dan untuk mewujudkan dunia di mana tenaga bersih mudah diakses oleh orang ramai. Pelan hala tuju ini termasuk kecekapan tenaga (EE), sijil tenaga boleh diperbaharui (REC), sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), penyelesaian ekosistem kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian tenaga bersih yang lain. 

Dengan kehadiran serantau di Filipina, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Thailand, Solarvest berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pakar tenaga bersih terkemuka di rantau APAC.

Harga saham induk Solarvest setakat 30 November 2023 adalah RM1.26.

Waran kepada Solarvest Holdings Berhad adalah SLVEST-WA. 

Sumber: malaysiastock.biz

Harga waran Solarvest adalah RM0.350 (30.11.2023). Waran Solarvest akan matang pada 27 Februari 2026.
Masih jauh lagi tempoh matang tersebut dan ia memberi masa yang cukup kepada pelabur sekiranya beli dan terlupa untuk jual dalam tempoh terdekat.

Memandangkan saham induk Solarvest adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

2. Samaiden Group Berhad

Gambar: Samaiden

Syarikat ini merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan Renewable Energy seperti panel solar photovoltaic (PV) dan guna merupakan penjana tenaga hijau di Malaysia. Syarikat ini membekalkan solar penal pada skala yang besar seperti untuk penjana kuasa dan juga membekalkan panel pada skala yang kecil seperti bumbung untuk perumahan atau perindustrian kecil.

Harga saham induk Samaiden setakat 30 November 2023 adalah RM1.11.

Waran kepada Samaiden Group Berhad adalah SAMAIDEN-WA.

Sumber: malaysiastock.biz

Harga waran Samaiden adalah RM0.380 (30.11.2023). Waran Samaiden akan matang pada 21 Jun 2026.
Waran Samaiden juga mempunyai tempoh matang yang hampir sama dengan waran Solarvest iaitu pada tahun 2026. 

Memandangkan saham induk Samaiden adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

3. Scientex Berhad

Scientex Berhad (Scientx) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana pendapatannya daripada dua jenis perniagaan. 

Pertama, Scientex merupakan salah sebuah pengeluar produk-produk pembungkusan plastik yang terbesar di Malaysia. 

Gambar: Scientex

Kedua, syarikat ini juga merupakan sebuah pemaju hartanah yang terkenal di Johor dan Melaka. Baru-baru ini Scientex telah menerokai perniagaan di negara jiran iaitu Indonesia.

Baca: Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Harga saham induk Scientex setakat 30 November 2023 adalah RM3.66.

Harga saham induk yang amat tinggi seperti ini, sudah tentulah ramai yang berfikir dua tiga kali nak beli betul tak? Jika saham induk jauh mahal, berapa pula harga warannya?

Harga waran Scientex adalah RM0.545 (30.11.2023). Waran Scientex akan matang pada 14 Januari 2026.

Waran kepada Scientex Berhad adalah SCIENTX-WC.

Sumber: malaysiastock.biz

Memandangkan saham induk Scientex adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

4. Frontken Corporation Berhad

Frontken Corporation Berhad (Frontken) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang terlibat dalam aktiviti Advanced precision cleaning dan Surface treatment untuk TFT-LCD (Thin Film Transistor – Liquid Crystal Display) di Taiwan.

Selain daripada itu, syarikat ini juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan servis kepada pelanggannya di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pendek kata, perniagaan Frontken terbahagi kepada dua segmen iaitu semikonduktor serta kejuruteraan mekanikal.

Harga saham induk Frontken Corporation Berhad setakat 30 November 2023 adalah RM3.18.

Waran kepada Frontken Corporation Berhad adalah FRONTKN-WB.

Sumber: malaysiastock.biz

Harga waran Frontken adalah RM0.175 (30.11.2023). Waran Frontken akan matang pada 3 Mei 2026.

Memandangkan saham induk Frontken adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

5. Central Global Berhad

Central Global Berhad diasaskan pada tahun 1972 dan terlibat dalam sektor pembuatan dan pembinaan. CGB mempunyai beberapa anak syarikat dan setiap anak syarikat mempunyai peranan masing-masing. Anak syarikat CGB adalah seperti:

  • Proventus Bina Sdn Bhd 
  • Central Industrial Corp Berhad 
  • CIC Marketing Sdn Bhd
  • CIC Singapore
  • CIC Construction Sdn Bhd
  • Central Global Construction Sdn Bhd

CGB mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara antaranya seperti Australia, New Zealand, USA, China, Thailand, India, Singapore, Indonesia, Vietnam, Brunei, Hong Kong, Japan, South Korea, Taiwan, Sri Lanka & Eropah.

Sumber: CGB

Harga saham induk Central Global Berhad setakat 30 November 2023 adalah RM2.99.

Waran kepada Central Global Berhad adalah CGB-WA.

Sumber: malaysiastock.biz

Harga waran CGB adalah RM2.14 (30.11.2023). Waran CGB akan matang pada 26 Julai 2025.

Memandangkan saham induk CGB adalah patuh syariah maka waran syarikatnya juga patuh syariah.

Kesimpulan

Contoh waran di atas adalah waran yang mana saham induknya berharga atas RM1.00. Ia bukanlah satu saranan belian namun, waran tersebut boleh dipertimbangkan untuk anda kaji sekiranya anda merasakan saham induknya adalah mahal bagi anda.

Tempoh matang waran-waran di atas juga masih lama iaitu tahun 2025 dan 2026. Paling penting adalah waran tersebut adalah berstatus patuh syariah.

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsahamSolarvestwaran
Share302ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In