• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

in Saham
A A
Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Pengeluar pembungkusan dan pemaju hartanah Scientex Bhd akan melakukan penerokaan sulungnya dalam industri pembinaan rumah mampu milik di Indonesia.

Scientex dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi tujuan itu pihaknya telah memeterai usaha sama dengan Mustika Land dari Indonesia dan Creed Group dari Jepun.

Sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan oleh anak syarikat ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Scientex Quatari Sdn Bhd (STX) daripada Scientec, PT Graha Mustika Tamansari (PT GMT) daripada Mustika Land dan Creed Property PH-1 Pte Ltd (CRD) daripada Creed Group.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

PT GMT akan memegang 60 peratus pegangan manakala STX dan CRD akan memegang kepentingan masing-masing sebanyak 20 peratus dalam syarikat usaha sama itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Scientex Lim Peng Jin berkata setelah menyiapkan hampir 28,000 rumah bertanah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kumulatif RM8.0 bilion di seluruh Malaysia, syarikat itu kini bersedia untuk memulakan strategi rentas sempadan bagi menembusi pasaran baharu di Asia Tenggara dan memenuhi permintaan serantau.

“Visi jangka panjang kami adalah untuk mengembangkan jenama Scientex kami dalam sektor pembangunan hartanah Indonesia dan berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kami membina rumah mampu milik di rantau ini,” katanya.

Syarikat usaha sama itu kemudiannya akan membeli tanah daripada PT GMT bagi pembangunan Fasa 1 perbandaran Graha Mustika Tamansari di Bekasi, Jakarta, yang disasarkan siap pada 2025.

Projek pembangunan itu melibatkan pembangunan 400 rumah bertanah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar US$19 juta (US$1=RM4.471).

— BERNAMA

Tags: Creed GroupIndonesiaMustika LandperumahanScientexusaha sama
Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In