Apakah yang dimaksudkan dengan mirroring stocks?
Ia merupakan sebuah saham syarikat yang menjadi cerminan kepada saham syarikat yang lain. Apabila kita melihat harga sesebuah saham syarikat itu menaik dengan laju, kita hendaklah mencari pula syarikat-syarikat mirror-ingnya.
Ibarat melihat pergerakan diri sendiri dalam cermin yang seragam, pada kebiasaannya pergerakan harga saham mirroring mereka adalah hampir sama sahaja.


Misalnya saham syarikat Zecon dan Scable, di mana kedua-dua syarikat ini terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo.

Seterusnya, syarikat MYEG, cerminnya adalah E-FORCE.


Apakah yang menyebabkan sesuatu syarikat itu menjadi saham cerminan (mirroring stock)?
Antaranya adalah kerana, pemilik kepada syarikat-syarikat itu adalah merupakan orang yang sama. Misalnya Dato’ Abdul Karim merupakan pemilik kepada syarikat Serba Dinamik. Beliau juga merupakan pemilik kepada syarikat SCIB, maka kedua-dua syarikat ini digelarkan sebagai mirroring stocks.

Mengapakah ianya penting untuk kita ambil tahu mengenai mirroring stocks ini?
Hal ini adalah kerana, apabila kita telah nampak bahawa harga sesuatu saham syarikat itu telah naik tinggi, kita tidak perlu membeli kaunter saham syarikat tersebut. Sebaliknya belilah kaunter saham syarikat mirror mereka.
Sebenarnya dalam pasaran Bursa Malaysia terdapat begitu banyak syarikat yang menjadi cerminan buat syarikat yang lain.
Misalnya kita ada lagi KPOWER dan SCIB, di mana setelah KPOWER naik tinggi, diikuti pula oleh syarikat SCIB dan seterusnya Minetech.


Namun, mirroring stocks ini akan mengambil masa untuk naik. Maka para pedagang hendaklah bersabar sedikit untuk menunggu pergerakan harga syarikat mirroring ini.
Jom kita tengok beberapa contoh saham syarikat yang yang terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan hidroelektrik dan sistem jana kuasa. Setiap daripada mereka juga boleh kita kenal pasti sebagai mirroring stocks walaupun berbeza pemilik syarikat.
Syarikat Berkaitan Hidroelektrik dan Sistem Jana Kuasa
1) Gunung Capital Berhad

Carta harga saham syarikat Gunung Capital Berhad (Sumber: tradingview.com)
Syarikat Gunung Capital Berhad memiliki anak syarikat yang bernama Gunung Hydropower Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan membina dan mengendali loji tenaga hidro mini. Akta Tenaga Diperbaharui 2011 telah membuatkan sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjadi lebih berdaya maju.
Didorong oleh prospek aliran pendapatan yang stabil dan berterusan untuk jangka masa 21 tahun, Gunung Hydropower telah membuat perjanjian JV dengan Perak Hydro Renewable Energy Corp Sdn Bhd (PHREC) pada tahun 2012 untuk membangunkan loji tenaga hidro mini, dengan kapasiti terpasang 10MW di negeri Perak.
Pada tahun 2013, Gunung Capital memutuskan untuk memperoleh 85% pegangan saham dalam Pusaka Hijau Sdn Bhd untuk memperkuatkan kehadirannya dalam industri penjanaan tenaga hidro mini, namun pada akhirnya ia hanya berjaya memperoleh pegangan sebanyak 60%, yang masih juga dikira kuat.
PHREC diberi mandat untuk bertindak sebagai pemaju utama untuk semua projek mini hidro di Perak dengan sejumlah 31 tapak yang dianggarkan memiliki gabungan kapasiti terpasang berjumlah 240MW.
2) Vizione Holdings Berhad

Carta harga saham syarikat Vizione Holdings Bhd (Sumber: tradingview.com)
Vizione Holdings Bhd telah menandatangani memorandum kerjasama dengan Engineering Protocol Sdn Bhd (EPSB) untuk pelaburan bersama yang berpotensi untuk memasuki tawaran pusingan ketiga projek Tanaman Fotovoltan Solar Skala Besar yang bernilai RM 2 bilion.
Loji fotovoltan solar menghasilkan tenaga hingga 60MW dan akan menjadi usaha sulung Vizione ke dalam industri tenaga boleh diperbaharui bermula tahun 2020.
Projek ini dimulakan dengan tujuan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia pada bahan bakar fosil dalam cabaranpengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.
3) Solarvest Holdings Berhad

Carta harga saham syarikat Solarvest Holdings Berhad (Sumber: tradingview.com)
Solarvest ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mewujudkan dunia di mana tenaga bersih mudah diakses oleh ramai orang. Syarikat ini merupakan antara kumpulan penyedia pemasangan tenaga solar yang terikat dengan grid yang telah memperoleh sijil dari SEDA (Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari), ISPQ (Institut Kualiti Tenaga Lestari) dan GCPV (Grid-Connected Solar Photovoltaic) di Malaysia.
Kajian yang mendalam perlu dilakukan dalam mencari rasional atau punca mirroring stocks ini terjadi. Kesimpulan yang boleh kita rumuskan daripada ulasan di atas, mirroring stocks kebiasaanya terjadi apabila pergerakan saham terlibat mempunyai persamaan pemilik syarikat yang sama, sektor ataupun projek yang sama.
Jika berita baik yang dikaitkan dengan pemilik atau sesuatu sektor mendapat sokongan kerajaan, sudah tentu saham syarikat yang terlibat akan naik. Begitu juga apabila pemilik syarikat atau sektor yang terpalit dengan berita buruk, sudah tentu kesannya boleh dilihat dengan candlestick merah!
Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




