KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Gabungan AQRS Bhd (GBGAQRS), Gabungan Strategik Sdn Bhd (GSSB), menerima surat lantikan daripada Syarikat Muhibah Perniagaan Dan Pembinaan Sdn Bhd untuk subkontrak bernilai RM31.85 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata subkontrak tersebut melibatkan pelaksanaan dan menyiapkan kerja-kerja membaiki paip pembetungan sub-pakej 2, kerja-kerja penggalian terbuka dan pembicuan paip bagi daerah Klang dan Kuala Langat.
“Kerja-kerja subkontrak itu akan bermula pada 23 Mac 2022 dan dijangka siap pada 22 Mac 2024,” katanya.
GBGAQRS berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depannya dan aset bersih sesahamnya sepanjang tempoh kontrak itu.
— BERNAMA




