• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ketegangan Geopolitik Kian Memuncak

in Hebahan
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah apabila memulakan urus niaga pagi ini, terjejas oleh sentimen pasaran selepas pelabur mengambil sikap berhati-hati dengan AS-China menggesa agar konflik antara Ukraine dan Rusia dibincangkan.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lemah 3.59 mata pada 1,587.67 daripada 1,591.26 pada penutup Jumaat.

Indeks utama itu dibuka rendah sebanyak 3.19 mata kepada 1,588.07.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 223 berbalas 146, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,733 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 201.30 juta bernilai RM111.68 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun dengan keadaan global sekarang, pihaknya masih yakin keyakinan akan kembali ke bursa serantau.

“Sementara itu, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada prospek yang pilihan raya umum awal akan diadakan di Malaysia. Dari segi komoditi, harga minyak diniagakan melebihi US$100 setong di tengah-tengah ketegangan Rusia-Ukraine yang tidak dapat diselesaikan, manakala harga minyak sawit mentah berlegar sekitar RM5,600,” katanya.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan, kaunter minyak dan gas diramal meneruskan keuntungan masing-masing memandangkan harga minyak mentah kekal kukuh melepasi paras US$100 setong.

“Selain itu, pelabur mungkin meletakkan saham pembinaan dalam perhatian ekoran jangkaan pilihan raya umum awal di Malaysia menjelang separuh kedua tahun ini,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM8.97, Public Bank turun tujuh sen kepada RM4.62, Petronas Chemical kerugian satu sen kepada RM9.39, manakala IHH Healthcare menambah tiga sen pada RM6.40.

Bagi saham aktif, NWP Holdings, Sapura Energy dan SMTrack semuanya tidak berubah pada 2.5 sen, empat sen dan 8.5 sen, manakala Nylex naik 6.5 sen kepada 50.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 55.14 mata kepada 13,323.13 dan FBM ACE naik 15.85 mata kepada 5,355.31.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas turun 18.70 mata menjadi  11,249.77, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 8.83 mata kepada 11,809.16, dan Indeks FBMT 100 lemah  23.39 mata kepada 10,953.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.37 mata kepada kepada 202.97, Indeks Perladangan susut 7.67 mata kepada 7,902.28 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 64.78 mata kepada 16,667.01.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In