• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Momentum Penjualan Kenderaan Bagi Kumpulan UMW Berterusan Pada Bulan Februari 2022 Dengan Jualan Sebanyak 23,853 Unit, 10% Lebih Tinggi Berbanding Tahun Sebelumya

in Hebahan
A A
Keuntungan Selepas Cukai Bagi UMW Holdings’ Pada 4Q 2021 Meningkat Sebanyak 80.6% Kepada RM380.3 Juta; Isytihar Dividen 5.8 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Permulaan yang kukuh bagi Kumpulan UMW bagi tahun 2022 diteruskan pada bulan Februari dengan catatan jualan automotif yang lebih kukuh berbanding Februari 2021 bagi UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua.  Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 23,853 unit pada Februari 2022, 10.1% lebih tinggi daripada 21,657 unit yang didaftarkan pada bulan Februari 2021, dimana pengeluaran ditingkatkan untuk memenuhi jumlah tempahan tertunggak yang menggalakkan.
 
Jualan UMWT meningkat sebanyak 26.8% kepada 6,432 unit pada bulan Februari 2022 berbanding 5,074 unit yang didaftarkan setahun lalu.  Toyota Vios dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT pada bulan Februari.  Toyota Corolla Cross Hybrid yang baru dilancarkan juga mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan menyumbang kepada model Toyota Corolla Cross untuk menjadi model ketiga terlaris bagi bulan Februari 2022.  Untuk  memperbaharui barisan modelnya, pada 17 Februari 2022, UMWT memperkenalkan Toyota Camry baharu yang menawarkan prestasi yang dipertingkatkan, keselamatan yang lebih baik dan diperketatkan yang meletakkannya di antara segmen kereta eksekutif premium.
 
Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,421 unit pada bulan Februari 2022, 5.1% lebih tinggi daripada 16,583 unit yang didaftarkan pada Februari 2021.  Model terlarisnya bagi bulan itu ialah Myvi yang telah diubahsuai baru-baru ini, diikuti oleh Axia dan Bezza. Perodua mensasarkan jumlah jualan sebanyak 247,800 unit tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang didaftarkan pada 2021.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jumlah jualan kenderaan yang memberangsangkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Februari 2022.  Kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.  Pengecualian cukai jualan dan pengenalan model serba baharu serta dikemaskini dijangka akan memacu jualan kenderaan pada separuh pertama tahun 2022.  Kami berusaha untuk menawarkan model yang menarik dan bernilai tinggi serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami.  Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka.

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.
UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

SUMBER: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: S Vikneshwaaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel: [email protected]
 
--BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In