Dalam satu kenyataan bertarikh 8 Mac 2022, Top Glove Corporation Berhad menyatakan hasrat untuk mengambil sedikit masa daripada disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange sepertimana laporan berita yang keluar sebelum ini.
Perkara ini adalah rentetan daripada situasi semasa dalam industri serta keadaan pasaran, Top Glove telah membuat keputusan untuk menangguhkan aktiviti penyenaraian di Hong Kong Stock Exchange buat masa ini.
Top Glove juga menyatakan bahawa keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan jangka masa panjang pelabur dan juga syarikat.
Top Glove mempunyai 49 kilang, 42 di Malaysia, 5 di Thailand manakala 1 di Vietnam dan China. Kilang-kilang tersebut terdiri daripada kilang pembuatan sarung tangan, kilang pembungkusan dan lain-lain lagi.
Top Glove menghasilkan 100 bilion sarung tangan setahun dan digunakan di seluruh dunia. Syarikat Top Glove juga berpangkalan di 7 negara termasuk Malaysia, Brazil dan China.




