Saham khas Bumiputera adalah satu keistimewaan khas kepada rakyat yang berstatus Bumiputera di negara ini. Sebagai seorang warganegara Malaysia dan mempunyai status Bumiputera, anda boleh memohon IPO yang bakal disenaraikan lebih awal.
Jika sebelum ini pelabur perlu mengisi borang dan menghantar borang tersebut ke pejabat MITI, kini anda boleh membuat permohonan secara online sahaja.
Baca : Lepas Ni Dah Boleh Apply IPO MITI Secara Online
Terdapat 4 kategori yang boleh memohon saham khas Bumiputera iaitu:
- Individu
- Syarikat
- Koperasi
- Yayasan
Setiap kategori individu ini ada syarat-syaratnya sebelum boleh membuat permohonan.
Individu
Berikut merupakan syarat-syarat bagi individu yang mahu memohon saham khas Bumiputera.
- Warganegara Malaysia
- Berstatus Bumiputera
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya RM1,000
Walaubagaimanapun, pelajar tidak layak untuk memohon IPO melalui MITI.
Syarikat
Ganbar : Berita Harian
- Syarikat Sendirian Berhad sahaja
- Modal berbayar tidak kurang daripada RM100,000
- Pemegang saham adalah 100% Bumiputera
- Ahli lembaga pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera
- Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera
- Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham / ahli lembaga pengarah
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
Koperasi / Yayasan
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Pemegang saham / ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak berdaftar dengan kerajaan adalah tidak layak memohon.
Tunggu apa lagi? Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, ambillah peluang tersebut dengan memohon saham khas Bumiputera.
Jadikan pelaburan sebagai satu tabiat.
Sumber : Saham Online MITI
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)