Baru-baru ini kecoh berita mengenai dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Beliau menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham.
Menurut beliau, ia tidak harus menjadi isu dan memaklumkan sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.
Benarkah demikian?
Gambar: AIHR
Sebelum itu, jom berkenalan serba sedikit dengan Tan Sri Azam Baki.
Siapakah Tan Sri Azam Baki? Ini merupakan serba sedikit biografi beliau.
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki telah berkhidmat selama 36 tahun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).
Di SPRM, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya. Beliau mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya (UM) serta kelulusan Ijazah Sarjana dari Asia E-University.
Sepanjang perkhidmatan beliau sejak tahun 1984, beliau telah melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang. Atas pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020.
Sumber : Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Ini respon Tan Sri Azam Baki terhadap dakwaan tersebut.
Tan Sri Azam Baki berkata tohmahan tersebut direka untuk menjatuhkan reputasi beliau. Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham tersebut. Selain itu, beliau turut berkata tuduhan yang mendakwa terdapat conflict of interest di pihaknya adalah tidak berasas.
Sumber : Astro Awani
Ada juga ahli parlimen yang mengemukakan usul tergempar agar isu tersebut dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat.
Sumber : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Pengawal selia pasaran modal tempatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, di bawah Seksyen 25;
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.
Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan.
Apakah kesudahan daripada isu ini?
Baca : Azam Baki diminta beri penjelasan kepada SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan meminta semua pihak yang terbabit untuk memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuat.
Anda ada banyak persoalan mengenai akaun CDS?
Baca : Soalan Lazim Mengenai CDS
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





