Dalam pelaburan saham ini ada beberapa jenis pelabur yang mempunyai strategi dan tahap penerimaan risiko yang berbeza-beza.
Ada yang lebih gemar membeli dan simpan untuk beberapa hari dan menjualnya bila harga saham tersebut telah naik.
Ada juga yang jenis nak buat duit hari-hari dan berdagang secara aktif hampir setiap hari untuk mendapatkan keuntungan secara harian. Ini yang kita kenali sebagai intraday trader.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Tetapi realitinya, bukan semua orang sebenarnya sesuai untuk menjadi intraday trader ini. Kerana bukan semua orang ada ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi intraday trader ini.
Nak tahu tak apa yang diperlukan untuk menjadi seorang intraday trader? Mari kita lihat apa yang diperlukan untuk menjadi seorang intraday trader.
1. Masa Yang Banyak
Bila nak buat duit hari-hari, kajian juga perlu dilakukan setiap hari. Bukan itu sahaja, seorang intraday trader perlu sentiasa peka terhadap pergerakan harga saham yang dibelinya.
Ini bermakna seorang intraday trader perlu melihat carta hampir setiap masa ketika pasaran dibuka dan sentiasa tahu mencari peluang membuat duit dalam pasaran.
Berbeza dengan pelabur yang lain, mereka tidak perlu memerhatikan carta dengan kerap seperti intraday trader kerana objektif pelaburan mereka yang berbeza.
Jika nak jadi intraday trader, nampaknya perlu menjadi full time trader juga lah nampaknya.
2. Ilmu Dan Skill Pelaburan Yang Mantap
Nama pun nak jadikan pelaburan saham sebagai kerjaya sepenuh masa dan nak buat duit hari-hari, jadi ilmu dan skill pelaburan juga perlulah power! Lagi-lagi ilmu Analisa Teknikal.
Pelabur yang baru nak kenal dunia pelaburan saham sangat tidak digalakkan untuk menjadi intraday trader. Tanam cita-cita sahaja dulu, takut nanti jadi everyday losses pula.
Seorang intraday trader perlu tahu penggunaan carta pelbagai durasi dan jenis-jenis carta yang sesuai untuk mencari sharp entry dan exit ketika berdagang.
Takkan nak jadi intraday trader tahu guna daily chart je kan?
3. Pengalaman Yang Luas Dalam Pelaburan
Ilmu pengetahuan dalam pelaburan yang kita belajar adalah teori semata. Dengan teori, ianya cukup untuk kita mulakan pelaburan saham ini sebagai swing trader atau investor tetapi bukan sebagai intraday trader.
Dengan pengalaman ini sebenarnya pelabur kenal asam garam dunia pelaburan. Tidak semua yang kita belajar dalam teori itu akan terjadi kerana harga saham ini sangat bergantung kepada keadaan pasaran itu sendiri.
Intraday trader perlukan pengalaman pelaburan yang luas dan telah menghadapi beberapa keadaan pasaran yang berbeza. Dengan itu, mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika keadaan pasaran berubah.
Dengan pengalaman yang luas, intraday trader lebih bersiap sedia untuk melabur dalam apa keadaan sekalipun.
Jika rugi nanti, tak lah nanti salahkan orang lain.
4. Disiplin Yang Tinggi Ketika Melabur
Disiplin pelaburan sangat penting kepada seorang intraday trader. Intraday trader perlu berdisiplin untuk mengikut trading plan pelaburan mereka.
Jika sudah untung seperti yang ditetapkan, ambil keuntungan, dan bila rugi segera untuk cut loss.
Jangan tamak bila harga saham sedang naik dan jangan tiba-tiba bertukar daripada intraday trader menjadi investor bila harga saham jatuh.
Berikut sedikit sebanyak apa yang diperlukan seseorang pelabur menjadi intraday trader. Anda dah ada ke ciri-ciri di atas? Jika dah, boleh lah merempit di litar Bursa lepas ni.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





