Dah puas beli saham Bursa Malaysia dan kini ingin cuba pasaran yang lebih besar seperti Wall Street?
Inilah waktu yang tepat untuk anda meluaskan pengalaman anda di Wall Street pula.
Pelbagai teknik telah kita guna di Bursa Malaysia untuk menjana keuntungan. Salah satu daripadanya adalah Buy on Reversal.
Buy on Reversal membolehkan pelabur membuat keuntungan yang besar kerana dengan teknik ini pelabur akan membeli saham ketika saham telah berada pada paras yang lebih rendah.
Sekiranya anda ingin menggunakan teknik Buy on Reversal, maka anda haruslah kenal dengan reversal candlestick.
Jika anda benar-benar menguasai teknik reversal candlestick, anda berpotensi untuk membuat keuntungan yang besar. Hal ini kerana, antara entry yang cantik adalah apabila bermulanya perubahan trend.
Pelabur boleh mengambil peluang ketika downtrend baru sahaja bertukar trend kepada uptrend.
Baca : Potensi Untung Besar Dalam Saham Dengan Teknik Reversal Candlestick
Jom lihat contoh bagaimana caranya untung 10% senarai dengan teknik Buy on Reversal.
Baca : Untung 10% Sehari Dengan Teknik Buy On Reversal
Saham Wall Street ada yang membuat reversal? Sudah tentu ada. Jom kita lihat contoh saham Wall Street yang membuat reversal.
Apple
Sumber :
Carta di atas merupakan contoh bullish reversal daripada downtrend kepada uptrend. Bullish candlestick tersebut adalah Morning Star.
Reversal candlestick tersebut terbentuk betul-betul di atas support dan ini menguatkan lagi reversal yang terhasil.
Sebagai pelabur konservatif, anda boleh menunggu sehingga confirmation candlestick terbentuk pada sehari selepas reversal candlestick tersebut sebelum membuat entry.
Confirmation candlestick adalah apabila candlestick keesokan harinya ditutup lebih tinggi daripada reversal candlestick.
Pelabur yang agresif pula akan membuat entry sebaik sahaja reversal candlestick terbentuk.
Untuk pengetahuan anda, sebarang nama saham yang dinyatakan dalam artikel ini bukanlah satu saranan belian. Perkongsian ini hanyalah sebagai tujuan pembelajaran.
Nantikan lebih banyak contoh di artikel-artikel yang akan datang.
Kesimpulannya, teknik Buy on Reversal bukan sahaja sesuai digunakan di Bursa Malaysia tetapi teknik ini juga sesuai digunakan di Wall Street. Selamat mencuba!
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




