• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

MIDF Invest Perkenal Kos Brokerage Baru Mulai 22 November Ini

in Saham Global
A A
MIDF Invest Perkenal Kos Brokerage Baru Mulai 22 November Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Melabur lebih 16 kali sebulan untuk dapatkan harga brokerage lebih murah

Salah satu platform pelaburan global tempatan, MIDF Invest telah menyediakan perkhidmatan pelaburan merentas benua dengan kos brokerage yang lebih murah sebelum ini berbanding broker tempatan yang lain. 

Baca: Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Amerika Syarikat

MIDF Invest merupakan platform pelaburan 100% digital dan proses pembukaannya juga lebih cepat berbanding broker yang lain jika tiada sebarang masalah. 

Bukan itu sahaja, dalam aplikasi MIDF Invest ini juga menyediakan tutorial cara penggunaan platform tersebut dengan lengkap dan perkara yang lagi best adalah MIDF Invest juga menyediakan platform patuh syariah kepada pelabur muslim. 

Jika kita memilih akaun patuh syariah, kita hanya dapat melihat saham-saham yang patuh syariah sahaja mengikut saringan daripada pihak MIDF Invest dan juga penyedia perkhidmatan saringan ini kepada MIDF Invest. 

Pada 16 November 2021 MIDF Invest telah mengumumkan kos brokerage yang baru bermula pada 22 November ini seperti diatas.

Untuk pembelian dibawah USD1,000 untuk sekali trade, kos brokerage yang dikenakan adalah minima USD8.00 atau USD0.015 untuk setiap unit saham yang anda beli. 

Jika anda membeli saham melebihi nilai USD1,000 ke atas pula, kos brokerage minima yang dikenakan adalah USD10.00 atau USD0.015 untuk setiap unit saham yang anda beli.  

“Kejap, ada yang lain disini. Kenapa dia charge per share? Bukan biasanya % ke?”

Benar, memang anda hanya dikenakan kos mengikut unit saham yang anda beli atau minima USD8.00 untuk pelaburan bawah USD1,000 dan USD10.00 untuk pelaburan USD1,000 ke atas. 

Contohnya anda membeli saham A yang berharga USD300.00 seunit sebanyak 600 unit. Kos pembelian saham anda adalah USD180,000. Jadi berapa kos brokerage yang akan dikenakan? 

Jawapannya tetap USD10 sahaja. Ini kerana USD0.015 untuk 600 unit saham A tadi hanya USD9.00 dan minima kos brokerage untuk pelabran atas USD1,000 adalah USD10.00.

Tetapi jika anda membeli saham A yang sama sebanyak 700 unit, masa ini kos brokerage akan berubah kerana USD0.015 darab dengan 700 unit akan jadi USD10.5. Jadi kos brokerage anda akan menjadi USD10.5 berbanding USD10.00 untuk 600 unit tadi. 

Kos Brokerage Percuma Selama 30 Hari Kepada Pelabur Baru

Berita baik kepada yang belum membuka akaun bersama MIDF Invest, anda bakal mendapat kos brokerage percuma 30 hari untuk pelaburan bawah USD1,000 daripada tarikh pembukaan anda. 

Jika melabur melebihi USD1,000 pula, anda akan dikenakan kos brokerage minima USD5 atau USD0.01 seunit saham.

Selepas 30 hari, jika anda tidak membuat sebarang transaksi cukup 16 kali, kos brokerage di atas tadi akan dikenakan kepada anda. 

Tetapi ada berita baik untuk trader yang kerap jual beli saham di Wall Street ini. Anda bakal peroleh kos brokerage yang lebih murah!

Kos Brokerage Lebih Murah Kepada Pelabur Yang Aktif

Kepada trader tegar yang melabur secara kerap di Wall Street, MIDF Invest menawarkan kos brokerage yang lebih murah kepada anda. 

Pelabur yang aktif akan dinaik taraf kepada trader dan akan dikenakan kos brokerage minima USD5.00 atau USD0.01 untuk setiap unit saham yang dibeli. 

Tapi bagaimana nak upgrade daripada investor kepada trader?

Caranya adalah anda hanya perlu melengkapkan transaksi pelaburan sebanyak 16 kali sebulan sahaja untuk status taraf anda daripada investor bertukar kepada trader.

Transaksi 16 kali ini termasuk transaksi belian sekali dan transaksi jualan sekali. Jadi anda anda perlu membeli dan menjual 8 saham dalam masa sebulan untuk upgrade status anda daripada investor kepada trader pada bulan berikutnya. 

Untuk mengekalkan status trader anda, anda perlu mengekalkan transaksi sebanyak 16 kali tadi atau taraf anda akan kembali menjadi investor pada bulan berikutnya. 

Haa, macam mana? Okay tak dengan kos brokerage yang baru ni? Nampak unik sedikit sebab mereka kenakan pada unit saham yang dibeli berbanding peratus modal pelaburan. 

Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun

Sekian perkongsian tentang platform MIDF invest kali ini. Semoga berjumpa lagi pada perkongsian seterusnya. 

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share452ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In