Kos pelaburan saham semakin meningkat, pelabur cari alternatif pasaran selain Malaysia
Pada 29 Oktober 2021 baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan belanjawan 2022 yang melibatkan dana sebanyak RM332.1 bilion untuk menjayakannya.
Daripada belanjawan 2022 tersebut, terdapat tiga perkara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang memberi kesan kepada pasaran saham seperti:-
- Kadar duti setem nota kontrak dinaikkan daripada 0.1% kepada 0.15%
- Had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan
- Aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan
Belanjawan kali ini dilihat tidak mesra kepada pelabur dan juga menjadi punca kepada kehilangan RM33.8 bilion di pasaran saham tempatan ketika pasaran dibuka pada 1 November 2021.
Baca: Indeks Bursa Malaysia Tersungkur, Impak Belanjawan 2022
Bagaimana tiga perkara di atas memberi kesan kepada pelabur saham?
Mari kita lihat impak kepada tiga perkara di atas yang memberi kesan kepada pasaran saham tempatan.
Kos Pelaburan Saham Meningkat Dengan Ketara
Dalam pelaburan saham biasanya akan ada 4 kos utama sebelum cukai baru diperkenalkan seperti:-
- Kos Brokerage (0.08% atau minima RM8) * Bergantung kepada broker
- Kos Clearing Fee (0.03% daripada kos pembelian saham)
- Kos Duti Setem (0.1%) terhad kepada RM200
- Kos Cukai Perkhidmatan (6% daripada kos brokerage)
Untuk lebih mudah faham, mari kita lihat contoh pembelian saham A yang berharga RM2.10 sebanyak 10 lot di bawah.
Pembelian saham A sebanyak 10 lot bersamaan dengan 1,000 unit dan kos pembelian saham ini sahaja adalah RM2,100. Ini baru kos pembelian saham, jika ditambah dengan kos-kos lain seperti diatas:
- RM8 minima kos brokerage
- Clearing fee RM0.63 (0.03% x RM2,100)
- Duti Setem RM3 (untuk pembelian saham bernilai RM2,000 sehingga RM3,000)
- Cukai perkhidmatan RM0.48 (6% daripada kos brokerage RM8)
Jadi kos keseluruhan pembelian saham A adalah seperti berikut:-
Setelah ditambah dengan semua kos diatas, jumlah kos keseluruhan pembelian saham A tadi adalah sebanyak RM2,112.11.
Ini adalah kos yang selama ini dipraktikkan dalam pelaburan saham tempatan, namun bermula pada tahun depan, kos pelaburan saham ini akan meningkat atas sebab kenaikan kos duti setem yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan.
Kos yang akan ditanggung oleh pelabur bermula Januari 2022 adalah seperti berikut:-
- Kos Brokerage (0.08% atau minima RM8) * Bergantung kepada broker
- Kos Clearing Fee (0.03% daripada kos pembelian saham)
- Kos Duti Setem (0.15%) tiada had seperti dulu
Pada tahun 2022, cukai perkhidmatan tidak lagi dikenakan kepada pelabur tetapi kos duti setem akan meningkat sebanyak 50% daripada 0.1% kepada 0.15%.
Jadi untuk membeli saham yang sama dengan jumlah yang sama, kos yang terlibat akan menjadi seperti berikut:-
Kos pembelian tadi yang berjumlah RM2,112.11 meningkat menjadi RM2.113.13 dengan perlaksanaan duti setem yang baru.
Ini baru sahaja pembelian yang bernilai hanya RM2,100. Bagaimana jika kos pembelian melibatkan jumlah yang lebih besar?
Jika pelabur membeli 1,000 lot atau bersamaan dengan 100,000 unit saham A tadi, kos pembelian saham tersebut sahaja adalah sebanyak RM210,000. Jika tambah dengan kos-kos lain akan jadi seperti berikut:-
Kos sebanyak RM210,431.48 di atas adalah kos yang dipraktikkan selama ini dan untuk duti setem mempunyai had sebanyak RM200 sahaja. Tetapi akan datang had duti setem ini akan dihapuskan.
Apabila had duti setem ini dihapuskan, kos yang terlibat pula akan menjadi seperti berikut:-
Selepas had duti setem tadi dihapuskan, pembelian saham A yang sama akan menjadi RM210,546, meningkat sebanyak RM114.52 berbanding sebelum ini.
Kos ini akan menjadi lebih tinggi jika nilai transaksi pelaburan semakin tinggi. Ianya bukan hanya dikenakan kepada pelabur runcit, tetapi pelabur institusi juga akan menerima kesan yang sama.
Peningkatan kos inilah yang dikatakan tidak mesra pelabur baik pelabur tempatan dan juga pelabur asing.
Apabila kos pelaburan menjadi semakin tinggi, pelabur mungkin mencari pasaran alternatif untuk melabur atau lebih parah lagi jika pelabur menggunakan perkhidmatan pelaburan daripada broker luar yang tidak berdaftar di Malaysia.
Indeks pasaran saham tempatan sudah lama suam sejak 3 tahun kebelakangan ini, adakah dengan peningkatan kos pelaburan ini akan menyebabkan pasaran saham tempatan semakin sendu nanti?
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





