• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Malaysia Jana Hasil Tambahan Sekurang-Kurangnya RM8.5 Bilion Melalui Cukai Makmur

in Hebahan
A A
Malaysia Jana Hasil Tambahan Sekurang-Kurangnya RM8.5 Bilion Melalui Cukai Makmur

Sumber: The Borneo Post

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Malaysia boleh mendapatkan semula hasil tambahan sekurang-kurangnya RM8.5 bilion melalui langkah cukai korporat Cukai Makmur, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd.

Ketua Penyelidikan Kenny Yee berkata daripada pengiraan Rakuten, sekurang-kurangnya 120 syarikat akan dikenakan cukai di bawah Cukai Makmur, yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022 pada Jumaat lepas.

“Saya fikir bagi konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), semua syarikat akan menerima impaknya.

“Pertama sekali, saya fikir (Cukai Makmur) perlu untuk membiayai beberapa inisiatif, memulihkan ekonomi dan membantu mereka yang terjejas oleh pandemik,” katanya dalam komentar Pasca Bajet 2022.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan mencadangkan Cukai Makmur ke atas syarikat yang menjana pendapatan melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus manakala kadar cukai 24 peratus dikenakan untuk pendapatan bercukai kepada RM100 juta pertama bagi tahun taksiran 2022.

Yee berkata Cukai Makmur telah menjadi satu kejutan yang besar kepada industri.

Bagaimanapun, katanya impak terhadap pasaran saham pada separuh pertama tahun depan adalah agak neutral.

“Kami akan menyemak semula unjuran indeks kami untuk tahun ini, daripada 1,650 kepada sekitar 1,630. Bagi tahun depan, saya fikir indeks akan diniagakan pada paras 1,750,” katanya. 

Sementara itu, Yee menjangka FBM KLCI akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,580 minggu depan berikutan turun naik pasaran yang meningkat.

Mengenai nilai ambang untuk levi keuntungan luar biasa minyak sawit sebanyak 3 peratus di seluruh negara, katanya ia akan menjadi musim bumper untuk pekebun pada tahun ini.

“Saya telah membaca artikel itu hari ini. Saya rasa sebahagian pekebun tidak berpuas hati mengenainya manakala mereka yang berada di Semenanjung Malaysia bersikap neutral.

“Bagaimanapun, jika anda melihat kepada harga minyak sawit mentah, ia telah meningkat kepada paras tertinggi, hampir RM5,500 satu tan pada masa ini,” katanya.

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar levi keuntungan luar biasa untuk pekebun daripada 1.5 peratus kepada 3 peratus di bawah Bajet 2022.

Kerajaan turut mencadangkan untuk menaikkan nilai ambang untuk levi keuntungan luar biasa bagi Sabah dan Sarawak kepada RM3,500 daripada RM3,000 satu tan tahun depan — bersama-sama dengan kenaikan kepada RM3,000 daripada RM2,500 untuk syarikat kelapa sawit di Semenanjung Malaysia.

— BERNAMA

Share314ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In