• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Tolak Permohonan Lanjutan Tempoh Penyediaan Laporan SCIB

in Hebahan
A A
Pemegang Saham SCIB Lulus Penerbitan Bonus 3-Untuk-1

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Permohonan lanjutan tempoh (EOT) Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) bagi menyiapkan laporan tahunan 2021 kumpulan itu telah ditolak Bursa Malaysia Securities Bhd.

Oleh itu, dagangan saham SCIB akan digantung menjelang 9 Nov 2021 sehingga diberitahu kelak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 Okt lepas, SCIB telah memohon EOT sehingga 31 Dis 2021 bagi melengkapkan pengauditannya ke atas penyata kewangan untuk tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 Kumpulan SCIB supaya ia boleh dimasukkan dalam Laporan Tahunan 2021, berikutan usaha tersebut telah terkesan akibat perubahan juruaudit luar dan sekatan pergerakan di Malaysia serta antarabangsa susulan pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rosland Othman berkata walaupun terdapat berita yang tidak menyenangkan mengenai syarikat itu baru-baru ini, SCIB komited untuk mematuhi semua peraturan berkaitan serta memenuhi tarikh akhir.

“Bagaimanapun, walaupun Nexia berusaha menyelesaikan audit, kami tidak dapat memenuhi tarikh akhir kerana ia terlalu hampirt. Kami telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities tetapi telah menerima pertanyaan lanjut daripada bursa pada 26 Okt 2021 bagi mendapatkan beberapa penjelasan mengenai rayuan tersebut. Rayuan yang dikemas kini telah diserahkan kepada Bursa Securities pada hari yang sama.

“Pada Julai 2021, kami telah menerima notis bertulis daripada KPMG PLT mengenai peletakan jawatan mereka dan kami segera menghantar Permintaan Cadangan (RFP). Bagaimanapun, proses mendapatkan juruaudit baharu, Nexia SSY PLT agak mengambil masa tetapi kami tetap buat yang terbaik bagi memuktamadkan proses itu tepat pada masanya,” katanya.

Rosland berkata SCIB komited sepenuhnya untuk memenuhi tarikh akhir yang diberikan, Nexia pula bertungkus lumus bagi menyelesaikan audit mengikut piawaian perakaunan dan pengauditan yang berkaitan.

“Walaupun kami berhadapan dengan cabaran seperti ini, SCIB tidak berputus asa. Kami akan terus mematuhi peraturan yang ditetapkan, selain daripada memberi tumpuan kepada amalan terbaik untuk situasi berkenaan. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pihak bahawa operasi perniagaan kami akan disambung semula seperti biasa, sambil kami menyelesaikan perkara ini”. katanya.

— BERNAMA

Share487ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In