Ramai guru saham kita ajar untuk beli saham di sebelah petang. Mesti anda tertanya-tanya kenapa kena beli saham pada waktu petang padahal pasaran dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Satu sebab kenapa pelabur baru disaran untuk membeli saham di sebelah petang adalah untuk menunggu sehingga candlestick hampir sempurna dibentuk. Candlestick yang ditutup sempurna akan memberi maklumat yang lengkap tentang pergerakan harga saham.
Selagi pasaran belum ditutup pada jam 5 petang, selagi itu harga saham masih boleh bergerak dan candlestick juga berpotensi berubah bentuk. Sebelum itu, jom ambil tahu sesi dagangan Bursa Malaysia. Gambar rajah di bawah merupakan sesi dagangan bagi pasaran Bursa Malaysia.
Sumber:Bursa Malaysia
Waktu dagangan Bursa Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sesi pertama iaitu sebelah pagi dan sesi kedua iaitu sebelah petang.
Sesi pagi bermula dari jam 9 pagi dan berehat pada jam 12.30 tengah hari. Sesi kedua di sebelah petang pula bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5 petang.
Berbalik kepada topik utama kita, iaitu kenapa kita disaran untuk membeli saham di sebelah petang adalah kerana candlestick hanya akan terbentuk sempurna setelah pasaran ditutup.
Apa-apa sahaja pun boleh terjadi sepanjang sesi dagangan. Saham yang naik tinggi di sebelah pagi mungkin sahaja mengalami penurunan di sebelah petang. Perkara ini sering terjadi pada kaunter-kaunter spekulatif.
Saham-saham spekulatif pula selalunya terdiri daripada saham yang sangat murah.
Candlestick yang dijual pada sebelah petang atau hampir pada sesi penutupan dagangan sering mempunyai rupa bentuk seperti Shooting Star dan Doji.
Sumber :
Sumber :
Candlestick Shooting Star memberi gambaran bahawa penjual menjual saham masing-masing setelah berlaku kenaikan tinggi sebelumnya. Hal ini sering terjadi disebabkan berlakunya aktiviti pengambilan untung.
Baca : Ramai Rugi Besar Sebab Buat-Buat Tak Nampak Candlestick Shooting Star
Candlestick Doji pula memberi gambaran bahawa pembeli dan penjual sama-sama tidak pasti arah tuju harga saham. Pembeli dan penjual adalah seimbang pada hari tersebut. Buyer menolak tinggi harga saham di awal dagangan, kemudian seller pun masuk untuk menjual. Namun, buyer masuk kembali kerana merasakan harga tersebut adalah murah lalu menahan harga daripada terus jatuh.
Baca : 4 Jenis Doji Candlestick Yang Pelabur Perlu Tahu
Perkara yang dipelajari di sini adalah pelabur boleh menunggu sebelah petang untuk melihat peluang entry sekiranya ada. Kita ingin mengelak daripada mengejar saham yang naik tinggi di sebelah pagi dan sebaliknya dibuang di sebelah petang.
Sekiranya kita tunggu dahulu di sebelah petang, sekurang-kurangnya kita boleh mengelakkan diri daripada terkena situasi seperti di atas.
Sekiranya kita telah yakin bahawa harga saham tersebut tidak akan berubah dengan drastik, maka bolehlah mencari peluang entry pada harga yang dimahukan.
Harus diingatkan bahawa artikel ini tidak bermaksud anda hanya boleh beli saham di sebelah petang. Tiada masalah untuk membeli saham di sebelah pagi sekiranya anda seorang pedagang yang cekap dengan teknikal dan tahu bila untuk keluar apabila berlaku penurunan harga saham.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)