• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

4 Jenis Doji Candlestick Yang Pelabur Perlu Tahu

in Technical Analysis
A A
4 Jenis Doji Candlestick Yang Pelabur Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apa maksud kalau keluar Candlestick Doji?

Pengetahuan tentang candlestick ini sangat penting untuk pelabur apabila hendak melakukan kajian teknikal.

Candlestick ini merupakan leading indicator kepada pelabur untuk mendapatkan signal belian apabila ianya terbentuk dan candlestick ini dikenali sebagai reversal candlestick. 

Antara reversal candlestick popular yang memberikan signal bullish atau bearish adalah seperti:-

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

  • Engulfing
  • Piercing Line
  • Hammer

Namun, ada satu candlestick yang dikenali sebagai doji jarang atau kurang mendapat perhatian daripada pelabur. 

Sumber: Financeorigin.com

Candlestick Doji ini terbentuk apabila sesuatu harga saham itu buka dan tutup pada harga yang sama. Bentuk candlestick ini seakan-akan sama dengan simbol tambah atau pangkah seperti gambar diatas. 

Doji ini pula terdapat banyak jenis dan setiap satu mempunyai maksud yang tersendiri. Mari kita kenali jenis-jenis doji dan maksud setiap doji tersebut.

Standard Doji

Standard Doji atau doji biasa adalah doji yang mempunyai ekor dan toncet yang sama panjang seperti gambar diatas.  Kemunculan candlestick ini secara individu tidak memberikan makna yang significant kepada pelabur kerana ianya bersifat neutral.

Oleh itu, pelabur perlu melihat bentuk candlestick yang terdahulu untuk mendapatkan makna daripada kemunculan candlestick ini. 

Kebiasaannya, apabila standard doji ini muncul ketika fasa uptrend, ianya membawa makna bahawa trend pasaran berpotensi untuk menyambung fasa uptrend dan standard doji disini bertindak sebagai continuation pattern.

Sumber :

Namun, ada juga kejadian dimana kemunculan standard doji ini merupakan reversal signal kepada sesuatu saham. Oleh itu kemunculan candlestick selepas standard doji ini amat penting untuk diperhatikan. 

Long-legged Doji

Long-legged Doji pula mempunyai ekor yang lebih panjang berbanding toncet. Ianya menunjukkan harga saham pada hari tu naik dan turun sebelum kembali kepada harga pembukaannya. 

Kemunculan Long-Legged Doji ini menandakan bahawa saham tersebut bakal membuat retrace atau membuat perubahan trend untuk jangka masa singkat sebelum meneruskan trend asalnya. 

Jika saham tersebut sedang membuat uptrend, kemunculan Long-Legged Doji ini akan menandakan saham tersebut akan membuat kenaikan seketika sebelum sambung membuat kejatuhan. Begitu juga sebaliknya jika saham sedang berada di fasa downtrend. 

Sumber :

Carta di atas menunjukkan saham yang sedang berada di fasa downtrend dan kemunculan Long-Legged Doji ini menunjukkan saham tersebut retrace dengan membuat kenaikan untuk beberapa hari sebelum sambung fasa downtrendnya. 

Dragonfly Doji

Bentuk Dragonfly Doji ini seakan-akan huruf T dan ianya menunjukkan harga saham itu jatuh selepas sesi dagangan dibuka sebelum ianya naik semua dan ditutup pada harga pembukaan. 

Dragonfly Doji ini boleh terbentuk pada fasa uptrend atau fasa downtrend dan ianya menandakan signal perubahan trend bakal berlaku. 

Jika Dragonfly Doji ini terbentuk semasa fasa uptrend, ianya memberikan jangkaan fasa bearish akan terjadi. Begitu juga sebaliknya.

Sumber :

Carta ini menunjukkan keadaan pasaran daripada bullish ke pada bearish selepas kemunculan Dragonfly Doji.

Gravestone Doji

Gravestone Doji mempunyai bentuk yang berlawanan dengan Dragonfly Doji. Ianya terbentuk apabila harga saham lebih tinggi daripada harga pembukaan ketika sesi dagangan namun ditutup sama dengan harga pembukaan. 

Jika Gravestone Doji muncul pada fasa uptrend, ianya menjangkakan fasa bearish akan terjadi kepada saham tersebut. 

Sumber :

Carta ini menunjukan perubahan trend daripada bullish kepada bearish selepas kemunculan Gravestone Doji.

Berikut merupakan jenis-jenis Doji yang pelabur boleh gunakan dalam kajian teknikal mereka. Walauapun secara teorinya ianya membawa maksud yang tersendiri, pelabur perlu tahu bahawa pergerakan harga saham ini adalah berdasarkan supply dan demand. 

Bentuk candlestick mungkin boleh membuat jangkaan pergerakan seterusnya saham tersebut, namun ianya tidak menjamin jangkaan tersebut semestinya akan terjadi. 

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share2259ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In