• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Apa Sebab Penganalisa Letak Nilai Saham AirAsia Hanya 23 Sen Sahaja?

in Fundamental Analisis
A A
Apa Sebab Penganalisa Letak Nilai Saham AirAsia Hanya 23 Sen Sahaja?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Saham AirAsia berjaya mengurangkan kerugian syarikat pada suku tahun kedua 2021

AirAsia mengumumkan pendapatan untuk suku kedua tahun 2021 ini dengan nilai kerugian sebanyak RM580.06 juta berbanding kerugian sebanyak RM992.89 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. 

Walaupun masih rugi, namun syarikat ini sebenarnya telah merekodkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 41.6% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. 

Pertumbuhan ini adalah hasil daripada penjimatan bahan bakar dan mata wang asing syarikat. 

Keuntungan daripada segmen kargo juga antara penyumbang utama kepada pengurangan kerugian syarikat pada suku kedua tahun ini. 

Sumber: CGS-CIMB

Tetapi, dengan pengurangan kerugian ini, penganalisa daripada CGS-CIMB terutamanya menyatakan harga saham AirAsia ketika ini yang bernilai RM0.920 seunit adalah dalam kategori overvalue untuk penilaian 12 bulan akan datang. 

Malah penganalisa pasaran daripada CGS-CIMB meletakkan harga sasaran saham AirAsia ini hanya RM0.23 seunit sahaja sementara harga saham AirAsia ketika ini berada di atas RM0.90 seunit. 

Kenapa Harga Sasaran CGS-CIMB Terlalu Rendah?

 

Menurut CGS-CIMB, walaupun syarikat ini berjaya mengurangkan kerugian syarikat secara menyeluruh pada penyata kewangan terbaru yang diumumkan, namun disebabkan masih tiada sinar tentang pembukaan sempadan antara negara ini, para penganalisa menjangkakan syarikati akan terus mencatatkan kerugian yang ketara untuk 6 hingga 12 bulan akan datang.

Daripada penyata kewangan AirAsia baru-baru ini, pendapatan daripada AirAsia Superapp mencatatkan kerugian yang semakin besar disebabkan perbelanjaan yang digunakan untuk naik taraf penggunaan ‘airasia food’ dan ‘airasia beauty’.

Kerugian bersih daripada BigPay juga semakin meningkat kepada RM21.2 juta pada suku kedua tahun 2021 berbanding RM17.5 juta pada suku pertama pada tahun yang sama. 

Pemilikan Gojek di Thailand dan pelancaran ‘Airasia Ride’ oleh Airasia juga dijangka akan menyebabkan kerugian awal kepada syarikat ini dan jika lihat kerugian secara menyeluruh syarikat ini, AirAsia berpotensi untuk disenaraikan dalam senarai PN17 oleh Bursa Malaysia pada awal tahun 2022. 

Baca: Apa Itu PN17 Dan Kenapa Perdagang Bijak Menjauhinya

Apa Kata Penganalisa Lain Tentang AirAsia?

Penganalisa daripada Hong Leong Investment Bank Research (HILB Research) melihat kelonggaran perintah kawalan pergerakan dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi ini antara petanda positif kepada AirAsia.

Kebenaran pelancongan tempatan oleh Majlis Pemulihan Negara yang dimulakan dengan Langkawi seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Thailand di Phuket bakal memberikan impak positif kepada industri pelancongan dalam negara. 

Oleh itu, HLIB Research telah meningkatkan saranan jualan mereka sebelum ini kepada hold dengan harga sasaran kepada RM0.95 seunit berbanding sebelum ini RM0.56 seunit. 

Pihak penganalisa daripada MIDF Research pula mengekalkan saranan jualan terhadap saham ini namun meningkatkan harga sasaran saham ini daripada RM0.44 seunit kepada RM0.77 seunit. 

Kenanga Research pula melihat potensi syarikat ini untuk jangka masa panjang sebagai syarikat yang menawarkan pelancongan secara digital.

Namun selagi syarikat ini masih berdepan dengan aliran tunai yang negatif, Kenanga Research mengekalkan status underperform dengan harga sasaran pada RM0.70 seunit. 

Berikut adalah apa yang penganalisa pasaran jangka tentang harga saham syarikat ini dengan analisa fundamental dan prospek syarikat AirAsia ini. 

Anda pula bagaimana? 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1135ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In