Kalau rugi nanti coverlah balik bila untung
Dalam pelaburan saham, bukan semuanya indah belaka. Jangan lalai dan termakan dengan cerita keuntungan sahaja. Rugi dalam pelaburan saham adalah kebenaran pahit yang tak ramai orang suka berkongsi.
Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan seseorang pelabur itu rugi besar dalam pelaburan mereka. Antaranya adalah kerana:-
- Tidak mempunyai ilmu
- Ikut buy call
- Amalkan teknik harapan
Selain daripada itu, pelabur yang kerap sangat rugi ini tidak mempunyai perancangan yang betul dalam pelaburan mereka. Hari ini nak jadi scalper, esok lusa bertukar menjadi investor.
Sebab itu pentingnya ilmu pelaburan saham ini untuk dikuasai oleh pelabur. Ilmu ini bukan sahaja tentang cara meraih keuntungan, tetapi juga tentang cara untuk mengurangkan atau mengelakkan kerugian yang besar.
Ini kerana, semakin besar kita rugi, semakin banyak usaha yang perlu kita lakukan hanya untuk mendapatkan semula modal yang telah hilang akibat kerugian.
Berapa Perlu Untung Kalau Pernah Rugi Sebanyak 5%?
Jika kita mempunyai modal sebanyak RM5,000 untuk melabur saham kemudian kita mengalami kerugian sebanyak 5% atau RM250 daripada keseluruhan modal kita maka modal pelaburan kita berkurangan menjadi sebanyak RM4,750 sahaja.
Jadi berapa keuntungan yang perlu kita raih untuk dapatkan modal asal kita tadi? Ya dari segi Ringgit Malaysia hanya perlu cari semula RM250 yang rugi tadi, tetapi kali ini modal kita dah berkurangan, jadi kita perlukan keuntungan melebihi 5% untuk dapatkan semula modal yang hilang tadi.
Secara kasarnya, dengan modal RM4,750 pelabur perlu mendapatkan pulangan sekitar 5.3% untuk dapatkan semula modal yang hilang tadi.
Rugi 5% tapi kena cover semula 5.3%. Okay la tak banyak beza pun.
Mari kita lihat jika kita rugi lagi besar daripada 5%.
Berapa Perlu Untung Jika Rugi Sebanyak 20%?
Jika tadi modal pelaburan rugi sebanyak RM250 dengan nilai kerugian sebanyak 5%, tetapi jika kerugian mencecah sehingga 20% atau sebanyak RM1,000 dan menjadikan modal RM5,000 tadi menjadi RM4,000 sahaja.
Dengan modal RM4,000 ini, untuk mendapatkan semula modal yang hilang sebanyak RM1,000 adalah dengan meraih keuntungan sebanyak 25%.
Rugi 20% perlu raih 25% untuk dapatkan balik modal pelaburan kita.
Jurang antara keuntungan yang perlu dicapai dan kerugian semakin besar berbanding kerugian 5% tadi.
Bagaimana pula jika kita mengalami kerugian sehingga 50%?
Berapa Pula Nak Cover Kalau Rugi 50%?
Jika kita bermodalkan RM5,000 dan mengalami kerugian sehingga separuh daripada modal pelaburan kita maka modal yang tinggal hanya RM2,500 sahaja.
Jadi boleh bayangkan berapa Return On Investment (ROI) yang perlu dicapai untuk mendapatkan semula modal pelaburan kita sahaja?
Daripada RM2,500 tadi, untuk dapatkan semula RM2,500 yang hilang tadi adalah sebanyak 100%.
Untung 100% hanya untuk cover semula modal pelaburan yang hilang.
Mari kita lihat ringkasan keuntungan yang perlu dicapai jika mengalami kerugian dalam pelaburan kita.
Jika kita rujuk pada jadual di atas, ada yang perlu mendapatkan keuntungan sehingga 900% jika kita mengalami kerugian sehingga 90% daripada modal keseluruhan pelabur.
Tetapi, pelabur perlu menambah modal pelaburan untuk mendapatkan semula kerugian yang pernah dialami mereka. Dengan meletakkan duit tambahan, ianya bermakna anda meletakkan risiko tambahan kepada pelaburan anda.
Pelabur juga boleh menggunakan strategi Dollar Cost Averaging untuk mengurangkan peratus kerugian sedia ada.
Baca: Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)
Sebab itu sangat penting kepada pelabur untuk mempunyai ilmu pelaburan untuk mengawal risiko pelaburan kita.
Rugi itu pasti, untung itu rezeki.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)