Starbucks tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur. Malah kedai kopi ini juga sering dijadikan tempat untuk meluangkan masa seperti membaca, bertemu rakan-rakan dan juga tempat untuk diadakan temu janji oleh kerana persekitaran yang selesa dan dilengkapi aroma kopi yang segar.
Sumber: iStock
Starbucks Corporation (SBUX) merupakan rangkaian kopi yang terkenal di dunia dan telah menerokai sebanyak 83 pasaran diseluruh dunia dengan lebih daripada 32 ribu cawangan berlesen yang beroperasi. Antara negara Starbuck beroperasi adalah seperti:-
- China
- Jepun
- Asia Pasifik
- Eropah
- Timur Tengah
- Afrika
Selain daripada menyediakan kopi segar, Starbucks juga menyediakan makanan dan minuman lain sebagai pelengkap hidangan kepada pelanggan mereka.
Syarikat ini mempunyai nilai pasaran lebih daripada USD136 bilion dan harga semasa saham ini didagangkan di pasaran Amerika Syarikat adalah bernilai USD115.68 setakat 18 Ogos 2021.
Macam Mana Nak Jadi Pemilik Starbucks Ini?
Sumber: iStock
Selama ini kita minum saja kopi daripada Starbuck, tapi kalau jadi pemilik syarikat ini best juga kan. Tapi bagaimana caranya?
Untuk menjadi sebahagian kecil pemilik syarikat-syarikat yang disenaraikan ini adalah dengan membeli saham syarikat tersebut.
Hanya perlu sediakan modal dan gunakan platform pelaburan global yang sah untuk menjadi pemilik suatu jenama gergasi seperti Starbucks.
Antara broker tempatan yang kita boleh gunakan adalah MIDF Invest yang menawarkan perkhidmatan pelaburan saham di Pasaran Amerika Syarikat dengan kos brokerage yang rendah.
Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun.
Kos kasar untuk membeli seunit saham Starbuck ini adalah sekitar RM500 sahaja. Mahal? Cuba kira balik berapa duit anda dah belanjakan untuk kopi Starbucks ini.
Ada lagi satu cara untuk anda menjadi pemilik Starbucks ini tanpa perlu menceburi pasaran global. Hanya guna akaun CDS tempatan sahaja.
Jadi Pemilik Starbuck Di Pasaran Tempatan
Pernah dengar tentang syarikat Berjaya Food Berhad yang dimiliki oleh Berjaya Group Berhad? Jika nak jadi pemilik Starbucks Malaysia, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli saham Berjaya Food Berhad ini.
Tapi apa kena mengena Berjaya Food Berhad Dengan Starbucks?
Sumber: NIKKEI ASIA
Berjaya Food Berhad merupakan syarikat yang memiliki 100% ekuiti Berjaya Starbucks Coffee Company Bhd (BStarbucks) setelah mengambil alihnya secara menyeluruh daripada Starbucks Coffee International Inc pada tahun 2014.
Hari ini, BStarbucks merupakan subsidi penuh kepada syarikat Berjaya Food Berhad. Jadi jika nak jadi pemilik Starbuck Malaysia, boleh beli saham syarikat Berjaya Food Berhad ini sahjaa.
Sumber: Berjaya Food Berhad
Bukan setakat menjadi pemilik Starbucks, malah anda juga secara tidak langsung akan menjadi pemilik rangkaian makanan seperti Kenny Rogers Roasters dan juga Jollibean Foods.
Harga saham Berjaya Food Berhad (BJFOOD) setakat 18 Ogos 2021 adalah sekitar RM1.90 seunit.
Dengan bermodalkan RM1,000 anda boleh beli lebih kurang 5 lot saham BJFOOD ini dengan kos kasar sekitar RM950 sahaja.
Jika beli menggunakan direct CDS, anda berpeluang untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan syarikat setiap tahun. Biasanya syarikat akan memberikan cenderamata kepada pelabur mereka.
Buka CDS Online: Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
Mana lah tahu nanti dapat voucher Starbucks nanti.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)