• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

Poor Charlie’s Almanack, Kata-kata Hikmah Charlie Munger Mengenai Kehidupan Dan Juga Pelaburan Saham

in Inspirasi
A A
Poor Charlie’s Almanack, Kata-kata Hikmah Charlie Munger Mengenai Kehidupan Dan Juga Pelaburan Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kita sering mendegar kisah kejayaan Syarikat Berkshire Hathaway yang dikemudikan oleh Warren Buffett sehingga berjaya menjadi syarikat konglomerat yang berjaya di dunia. Disebalik kejayaan syarikat tersebut, Warren Buffett telah dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kurang dikenali berbanding dengan dirinya, iaitu Charlie Munger dalam mengemudi syarikat tersebut.

Kita jarang mengikuti kisah kejayaan yang diperolehi oleh Charlie Munger, dan kali ini kita akan mengupas ucapan yang telah dibukukan di dalam buku yang bertajuk “Poor Charlie’s Almanack”. Buku ini menghimpunkan strategi-strategi yang digunakan oleh Charlie Munger di dalam dunia pelaburan dan juga kehidupan peribadi.

Di antara intipati penting yang terdapat di dalam buku tersebut adalah:

Berkaitan

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

1. Bermula Dengan “TIDAK”

Ini adalah strategi yang penting di dalam dunia pelaburan dan juga kehidupan. Bermula dengan “TIDAK” membawa maksud kita menjauhi setiap perkara yang kita tidak tahu mengenainya. Seperti Syarikat Berkshire Hathaway, syarikat ini mengatakan “TIDAK” untuk melabur ke dalam syarikat teknologi sejak daripada dulu lagi. Sehingga  ke hari ini, Berkshire Hathaway hanya memiliki satu saham dalam sektor teknologi iaitu saham Apple di dalam portfolionya. Walaupun Berkshire Hathaway banyak terlepas banyak peluang kemasan di dalam perniagaan syarikat teknologi, Berkshire Hathaway juga telah berjaya mengelakkan diri daripada kerugian yang besar akibat memegang saham syarikat teknologi yang tidak stabil untuk tempoh jangka masa yang panjang.

2. Lollapalooza Effect

Secara ringkas, Lollapalooza Effect adalah kesan yang berlaku di persekitaran kita yang membuat kita terpengaruh untuk membuat keputusan yang sama dengan keadaan persekitaran. Kesan ini mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri.

Tetapi, menurut Charlie Munger kebanyakan kesan Lollapalooza Effect ini adalah buruk. Salah satu kesan Lollapalooza Effect yang ketara di dalam dunia pelaburan adalah kita bertindak membeli atau menjual saham hanya berdasarkan tindakan pelabur lain di dalam pasaran. Jika mereka menjual, kita turut sama menjual dan sebaliknya.

3. Belajar Daripada Kesilapan Orang Lain

Sudah menjadi lumrah setiap orang yang berjaya di dalam dunia untuk mengambil pegajaran daripada setiap kesilapan. Pepatah Inggeris ada mengatakan “smart people learn from his mistake, wise people learn from other people’s mistake”.

Ini membuktikan bahawa kesilapan merupakan guru yang terbaik dalam hidup kita. Oleh itu, kita perlu mendalami dan mengenali tokoh-tokoh yang telah berjaya dan juga tokoh-tokoh yang gagal dalam perkongsian mereka dan belajar daripada kesilapan mereka. Dengan cara ini, kita akan mendapat kefahaman yang lebih baik di dalam dunia pelaburan dan juga di dalam kehidupan.

4. Menjadi Seperti Pisau Lipat Tentera Swiss

Charlie Munger terkenal sebagai seorang yang tidak gemar melakukan portfolio diversification di dalam pelaburannya, baik untuk Berkshire Hathaway mahu pun pelaburan dirinya sendiri. Makna disebalik metafora Pisau Lipat Tentera Swiss ini adalah, sebelum memilih sesuatu saham, seseorang itu perlu mempunyai dan mendalami pelbagai ilmu terutamanya dalam ilmu ekonomi, cukai, statistik, undang-undang, psikologi dan juga sejarah.

Ilmu ini semua diperolehi menerusi pembacaan dan kajian yang bersungguh seperti yang dilakukan oleh Charlie Munger. Dengan memiliki kepelbagaian jenis ilmu, seseorang individu itu dapat mengurangkan risiko dirinya daripada melakukan kesilapan di dalam pelaburan saham.

5. Membuat Checklist Senarai Pelaburan

Ini adalah perkara yang penting dalam mana-mana pelaburan yang kita lakukan. Perkara yang paling penting adalah mengukur kadar risiko yang perlu kita sanggup tanggung dalam setiap keputusan pelaburan.

Selain daripada itu, kita hanya melabur di dalam sesuatu sektor yang kita arif dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenainya. Kita perlu elakkan daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketika dalam keputusan yang dibuat dalam pelaburan. Sekiranya terdapat peluang yang jelas di depan mata, jangan bertangguh lagi untuk merebut peluang tersebut.

Seterusnya, perkara yang paling penting dalam pelaburan ini sebenarnya adalah sifat sabar. Ketika keadaan genting berlaku, kita perlu sentiasa merujuk kepada fakta untuk memastikan tindakan yang kita lakukan itu adalah tindakan yang tepat.

Sumber Rujukan:

Charlie Munger dilaporkan meninggal dunia pada hari Selasa, 28 November 2023 di California pada usia 99 tahun.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share395ShareSend

Related Posts

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?
Inspirasi

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 years ago
3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim
Fundamental Analisis

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

5 years ago
Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Inspirasi

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

5 years ago
Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Inspirasi

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In